autum in my heart


رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّك أَنتَ الْوَهَّابُ۝

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya.” (Aali ‘Imraan: 8)

Photobucket

helwa telinga~

my صحابة :)

Monday 26 September 2011

WASIAT DARI IBU, UNTUK MENANTU


بسم الله الرحمن الرحيم

Wahai menantuku........
 Aku hanyalah seorang ibu yang berbicara atas nama diriku sendiri dengan melihat putriku sebagai istrimu dan engkau sebagai menantuku.  Bila engkau membaca pesan ini, semoga engkau melihat pula bayang wajah ibu yang telah mengandung dan melahirkanmu, berdiri bersamaku tepat dihadapanmu.

Wahai menantuku.........,
Bukankah engkau sudah berjanji akan menjadi imam dunia akhirat untuk putriku. Bukankah engkau telah bersumpah untuk memberinya satu tiket dan membawanya ke syurga.

Wahai menantuku..........,
Bila ada kelemahan dari istrimu dan seribu lagi keburukan yang dilakukannya akibat kelemahan dan juga kerana kekurangan darinya, bukankah itu menjadi tugasmu untuk mendidiknya sekarang, memang begitu seharusnya.

Wahai menantuku.........., 
Diajarkan kepadamu oleh Nabi, bahwa seorang suami tidak boleh membiarkan mata istrinya basah, walau hanya serupa titisan embun dinihari. Bukankah engkau sebagai suaminya yang harus melindunginya dengan rasa tentram dan aman. Maka berikanlah keteduhan bagi jiwanya.

Wahai menantuku..........,
Engkau suami yang dipilih Allah untuk putriku, bersabarlah terhadap istrimu dan tetaplah bersikap lemah lembut padanya. Bukankah engkau menikahinya atas nama Allah swt. Maka, sayangi dan peliharalah istrimu dengan jalan Allah.

Wahai menantuku..........,
Sebagian besar penghuni neraka adalah perempuan, dan itu disebabkan kerana mereka derhaka terhadap suaminya. Maka, selamatkanlah istrimu dari dosa yang besar. Bukankah nanti engkau akan ditanya tentang tanggung jawab bagaimana engkau mengurus istrimu dan menjaga jalan ke syurga untuk dilalui oleh istrimu yang harus kamu bawa bersama.

Wahai menantuku...........,
Engkau diizinkan menghukum istrimu sewajarnya, namun janganlah mengenai wajahnya, dan jangan pula menyentuh tubuhnya hingga meninggalkan jejak luka. Janganlah mengherdiknya dengan kata-kata kasar dan umpatan yang merendahkan , seolah engkau turut mendustakan dirimu sendiri , kerana ia juga adalah pakaianmu.!!!



MiNnI...^_^

Friday 23 September 2011

Ratib Cinta

                                                       بسم الله الرحمن الرحيم




Saat Ratib Cinta bergema,
Aku tertunduk kaku,
Memikul labuhan dusta dan dosa semalam,
Merenung mencari kembali lambaian kasihNya,
Setelah melewati silam yang kelam suram.

Saat Ratib Cinta bergema,
Titis-titis air mata rindu mengalir lesu,
Terhimpit antara keluh kesah dunia yang tidak pernah sudah,
Merenung mencari kembali lambaian kasihNya,
Setelah silam durjana mematikan hatiku.

Saat Ratib Cinta bergema,
Terpaku aku di hamparan sejadah rindu,
Meniti sepertiga malam yang kaku bisu,
Menanti sinar cahayaNya menyuluh,
Suram hati yang gersang tanpa kasihNya.

Ratib Cinta akan terus bergema,
Tanpa jemu dan lelah,
Menanti pengampunanNya,
Kerana aku tahu Dialah segalanya.

Ya Allah,
Andai ini Ratib Cinta terakhirku,
Ampuni segala khilaf semalamku,
Ya Rabbi


MiNnI...^_^

Sunday 18 September 2011

wahai diri dan hati..

بسم الله الرحمن الرحيم


Wahai diri..
sudah kau berjanji..
tapi tetap kau mungkiri..
wahai diri..masihkah kau ingat..
pada janji Rabbi..
kenapa kau lakukan lagi..?


wahai hati..
tetaplah dijalan yang di redhai..
wahai diri..kuatkanlah hatimu
kerana hati itu..
peneman tegar dalam diri..


wahai hati..
jadilah raja segala anggota..
menguasai seluruhnya dengan kebaikan..
wahai diri..ikutilah hati kecil itu
sentiasa inginkan perjalanan
menuju rabbi..


wahai hati..
serahkanlah kerajaanmu segalanya pada ILLAHI..
wahai hati..jangan kau tangisi lagi apa yang terjadi..
kerana diri juga akan mengikuti jejakmu..


wahai hati
serahkanlah dirimu hanya untuk RABBI
bukan untuk manusiawi..
wahai hati..jangan tersilap berbicara dalam diam
waspadalah kerana diri akan binasa kelak..


wahai hati..
sebesar manapun kerajaan yang kau kuasai
tangisilah bila rapuh
jangan di siksa diri lagi..


wahai diri
sentiasalah sucikan hati dengan kalam rabbi
wahai hati..menangisi itu bukan beerti lemah
tapi ialah kelegaan pada diri..


wahai hati
bantunilah diri untuk tegar  langkahnya
mencari redha ILLAHI
jangan sesekali engkau berpaling lagi
teruskanlah menginsafi
kerana diri akan sentiasa menemani..


wahai hati
mengapa harus berterusan kau menangisi...?
Allahu Akbar!!
wahai diri..mengadulah pada RABBI
kerana dialah Tuhan satu2nya yang memahami..


wahai hati dan diri
apa yang engkau kejari hingga kini..?
janganlah engkau mengikuti nafsu diri
kelak binasa di kemudian hari...


argghh! study! study! study! 






MiNni..^_^

Friday 16 September 2011

Cahaya

Indah bintang di langit
Sejahteralah bumi
Nur kasih yang terpancar
Kebesaran cipta-Mu


Di sini ku temui
Cahaya-Mu Illahi
Membuka pintu hati
Ke jalan kebenaran


Cahaya-Mu penuh kemuliaan
Cahaya-Mu penuh kasih dan sayang 
Memimpin kami menjulang panji


Berbalas senyum dalam redha
Mengajar erti ketaqwaan
Mengajar erti ketabahan
Memutih hati yang kian rawan
Penawar jiwa yang melara


Biar pun mata terpejam
Kasih tetap di hati
Terukir peribadi
Segirang matahari
Memancar hati sanubariku
Berseri menerangi


Tak terputus kalimah 
Sekilasnya cahaya
Segalanya kudratku
Dari mu Ya ALLAH
Memberi jalan yang di redhai oleh-Mu 
Penyuluh di malam hari 


MiNnI...^_^

Monday 5 September 2011

kelebihan solat sunat dhuha~

solat dhuha adalah kunci rezeki...
بسم الله الرحمن الرحيم



"Ya Allah sesungguhnya..
waktu dhuha e2 waktu dhuha-Mu
kecantikannya kecantikan-Mu
keindahannya keindahan-Mu 
kekuatannya kekuatan-Mu
kekuasaannya kekuasaan-Mu
pelindungannya perlindungan-Mu"


" YA ALLAH
jika reski masih di langit trunkanlah
jika di bumi keluarkanlah 
jika sukar permudahkanlah
jika haram sucikanlah
jika jauh dekatkanlah"

Subhanallah...lihatlah kehebatan waktu dhuha..
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat  Abu Hurairah katanya:-
Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya :      “Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain”sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata :“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

wahai saudara-saudari seislamku..luangkanlah sedikit masa untuk mengerjakan solat dhuha maka Allah menjanjikan kemurahan reski padamu dan di jauhkan dari kepapaan..Subhanallah..Allahu Akbar...begitu hebat Allah sentiasa  menyediakan kemudahan untuk hamba2nya...maka bersyukurlah di atas kenikmatan yang Allah kurniakan kepadamu...^_^





“Juallah dunia engkau dengan Akhirat engkau, nanti engkau akan memperolehi keuntungan bagi keduanya serentak; dan janganlah engkau menjual Akhirat engkau dengan dunia engkau, nanti dia merugikan engkau bagi keduanya serentak.”



MiNnI..^_^