autum in my heart


رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّك أَنتَ الْوَهَّابُ۝

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya.” (Aali ‘Imraan: 8)

Photobucket

helwa telinga~

my صحابة :)

Monday 31 December 2012

kamu, kamu itu aku

بسم الله الرحمن الرحيم

saya merindui ukhwah itu,
di saat hati bertaut menjadi satu,
tersangat-sangat menginginkan seperti dulu,
namun takdir menetapkan aku,
untuk tidak terus, melangkah jalan yang satu.

~Senyum di saat kelukaan tanda sebuah ketabahan~ ^_^

#we~siblings~ abadan abada~ inshaAllah.#
sayang korang sangat-sangat.

Ya Allah ya Tuhan kami,
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mengikuti perintah-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah ikatannya ya Allah, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjukkanlah kpd hati-hati ini dgn limpahan iman/keyakinan dan keindahan bertawakkal kepada-Mu, suburkanlah hati-hati ini dgn pengetahuan yang sebenar tentang-Mu, jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini dlm perjuangan agama-Mu, dan syuhada' di jalan-Mu. Engkaulah sebaik-baik penolong.Amin ya Rabb!!


MinNi ^_^

Thursday 8 November 2012

Tanpa kertas, ku di sini

بسم الله الرحمن الرحيم

Hening kedinginan membawa arus masa kian berlarut, blog kini makin menyepi dek tangan yang tidak bergerak, dek idea yang kebekuan, dek kemalasan yang menjadi raja dewa. waghhh! begitulah diriku ketika diri di hanyut arus dari masa ke masa.. yes! masa terus bergerak meninggalkan diriku tanpa berpusing kembali.

teringat kembali malam tadi sebelum ketiduran, sambil baring tangan kudepangkan tangan di kepala sambil mata melihat atap.aku bertanya lagi pada diri ini, apakah yang aku mahukan dalam hidup ini? aku sentiasa tidak yakin pada apa yang aku kejar, tidak yakin pada apa yang aku lalui, dan aku sentiasa meletakkan kerendahan diri itu di tempat rendah yang teramatlah rendah tempatnya. Mengapa aku masih tidak bangkit setelah seruan datang? kenapa aku masih lalai dengan nikmat dunia yang nyata hanya sebagai pinjaman? kenapa aku biarkan hidayah itu datang dan pergi dengan rajukan tanpa persinggahan yang dalam? 


tarik nafas mendalam tanyakan lagi pada diri, kenapa aku terus bergelumang dengan dosa jika tahu ajal itu akan datang bila-bila masa? bagaimana jika mati dalam buruk pengakhiran? ASTAGHFIRULAH! NAUZUBILLAH!


mengalir air mata lesu tanpa jawapan. kenapa hendak mahu salahkan syaitan jika diri sendiri yang menjerumuskan dalam kebinasaan? argh ku sedar kini hati ku kian jauh dari ketenangan, tetapi siapalah aku untuk larikan diri dari kebahagiaan? siapalah aku untuk mencabar Tuhan? tidakkah aku lupa bahawa aku hanyalah Hamba abdi untuk Tuhan? apakah aku lupa terciptanya aku bergelumang dengan kenikmatan yang tiada kesudahan itu hanyalah dari Tuhan sekalian alam??


ku bangun lantas mencapai senaskah kalam cinta Rabbi, tergamam aku seketika apabila membukanya mataku terpaku pada sebaris ayat 


"Dan BERTAUBATLAH kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu BERUNTUNG" (QS. An-Nur: 31).

ya!! Dia begitu sayang pada hambanya, lihatlah betapa Dia memahami tiap detik apa yang kita minta. tetapi kenapa aku masih alpa dengan dunia yang di cipta? 


Ya Allah wahai Tuhan yang Mencipta,

Ampunkanlah di atas kelalaian diri ini,
Ampunkanlah di atas diri yang tidak pernah bersyukur ini,
Ampunkanlah dosa-dosa kedua ibu bapa kami,
Ampunkanlah dosa sahabat-sahabat perjuangan kami,
Ampunkanlah dosa guru-guru kami,
Ampunkanlah dosa seluruh muslimin muslimat saudara kami,

Berikanlah kekuatan kepada kami untuk melawan nafsu yang beraja dalam diri ini,

Berikanlah kami kekuatan ya Allah untuk menghadap kaum yang kafir,
Berikanlah kekuatan kepada saudara seislamku yang di zalimi,
Teguhkanlah pendirian kami dalam menegakkan adden ini
Rahmatilah kami di bawah lindungan rahmat-Mu.

Bantunilah kami untuk menggapai keredhaAn-Mu 

Meraih kasih-Mu, menagih cinta-Mu

Salam sejahtera buat penghulu sekalian Nabi,

Sahabat, tabi'in dan tabi' tabiin. Amin

MiNnI..

Wednesday 24 October 2012

memori bersama

بسم الله الرحمن الرحيم

[mode teringat kat dia]

t0~ sis hannan intifadha OR amirah husna~
     (nama pura-pura)

teringat mula-mula saat perkenalan,
secara tak sengaja,
dekat pesbuk jer,
bermula dengan sebuah icon senyuman,
di lanjutkan dengan perkataan,
berborak sampai lewat malam,

masa tu tengah hot mula perkenalan,
so no telefon bertukar tangan,
sering juga ku telefon untuk mendengar suara,
tetapi tiada respon,
bila di tanya selalu saja dengan alasan.
henfon di bawah kerusi, tidak kedengaran! ;D

masa terus berlalu,
tanpa kita sedar dah 2 tahun kita kenal,
tanpa lihat picca atau bertemu muka,
kita still macam dulu,

kalau ada apa-apa masalah,
terus di rujuk sama,
masalah negara mahupun daerah,
mesti bergosip sama.
tugeder-geder! ;D

mendengar sahaja suaranya,
terus kesejukan egoku,
walaupon suara nya buruk,
lawaknya macam ek! kerbau

pernah suatu ketika, 
dia marah sangat dengan saya,
dia mintak putuskan persahabatan,
kerana kedegilan saya,
sampai dia memberi amaran,
anggap saja dia muncul dalam mimpi ngeri dalam ketiduran,

bila di kenangkan kembali, sweet kan persahabatan kita, bestkan bila persahabatan di sandarkan dengan jiwa-jiwa yang ikhlas..walaupon gaduh sebesar mana pun, kita pasti akan dapat setel kembali tanpa ego menguasai diri, marah macam mana pon saya dekat dia, pasti dia akan cuba sedaya upaya explain kan kembali kenapa, mengapa, apa bagaimana n sebagainya. 

sebenarnya saya bersyukur, sangat-sangat tau! sebab bukan senang nak dapat kawan yang macam ni, poyo, senget, shengal n semua ada laaa.haha, 

akhir kata, walaupon perbezaan umur kita sangat ketara, moga ia bukan menjadi penghalang untuk kita terus berukhwah mendapat syurga Allah! 

Ya Allah! Kau jagalah dia,
Rahmatilah hidupnya,
limpahkan dia dengan rahmat dan kasih sayangmu,
kurniakanlah kebahagiaan padanya,
sampaikan jua padanya ku sayang sama dia!
moga dia layak mendapat syurga-Mu!

 Rasulullah s.a.w pernah berpesan, 
[ SIAPA YANG TIDAK MENGASIHI TIDAK AKAN DI KASIHI ]


MiNnI...^_^

Friday 12 October 2012

Blur~

بسم الله الرحمن الرحيم

herm, lama kan tak di hapdet entri, hehe,tak de mood ingin mencoret-coretkan disini sebab sekarang musim final ekzeng!
just doakan untuk gue yang ketensenan dan kehausan tarbiyyah ini ya! mekacehh~
burrr @_@

Tuesday 28 August 2012

Duhai Pencari


بسم الله الرحمن الرحيم

Duhai pencari,
Tanyakan pada hati,
apa yang sebenarnya kau cari.
Tanyakan juga pada-Nya,
 Dimana carianmu itu tersembunyi,
Walau belum ditemui,
Masih lagi mencari,
Walau jauh berbatu,
Masih lagi mendaki,
Buat dirimu Duhai pencari,
Yakinlah pada apa yang kau cari,
Sandarkan citamu pada daya,
Labuhkan layarmu pada cinta,
Apa yang kau cari itu, pasti akan kau jumpa,
Yang tidak kelihatan itu, tak semestinya sedang bersembunyi,
Yang tidak kelihatan itu, tidak semestinya tidak menanti,
Kerana mencari yang tidak kelihatan, itulah sebenar pencarian,
Mencari yang tidak kelihatan, itu hanyalah sebenar ujian,
Selangkah dirimu mencari, seribu langkah sedang kau hampiri,
Jangan berhenti pada helah dan dunia,
Kerana yang kau cari itu abadi,
Yang kau lihat itu adalah fana,
Jangan kau gentar pada sunyi,
Kerana sunyi itu mengajarmu rindu pada yang dicari,
Jangan kau peduli pada caci,
Kerana caci itu menguatkan cintamu pada yang di cari,
Wahai pencari,
Teruskan mencari kerana yang di cari itu sedang menantimu,
Dalam keadaan redha dan meredhai,
Itulah sang Robbi~

[ Bertanya tentang Tuhan~Ibnu Rijal ]

MiNni..^_^

Sunday 26 August 2012

Renungan bersama

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku merasa dalam jiwaku jejak-jejak mati,
Tiada ku capai dalam hidup ini kecuali sengsara,
Alangkah ruginya jika aku mati,
tanpa fikiranku mengetahui teka-teki qadha',

Hari-hari hidupku berlalu tanpa berganti,
Laksana hembusan angin di padang belantara,

Dua hari yang tidak didukacitakan hati,
Kelmarin yang berlalu dan esok yang belum tiba,
Esok tersembunyi di alam ghaib yang sepi,
Hari ini hariku, hari esok selalu kecewa,

Aku bukannya lalai tidak sedarkan diri,
Melihat keindahan dunia tanpa menghening cipta,
Aku dengar sebuah suara dalam mimpi,
Lantas tidurku membuka kelompok hati muda,

Sedarlah kini! tidur itu gambaran mati!
Minumlah sepuas-puasnya, tempat kembalimu bumi yang rata,
Kepada maut aku tuju dengan langkah yang berani
Tak lama lagi hapuslah namaku di alam buana,
Berilah aku minuman wahai kekasih hati,
Hari hidup berakhir dengan tidur yang lama.

[SYAIR IBN-AL-KHAYYAM]

MinNi..^_^

Thursday 23 August 2012

Raya Bersederhana jer

بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat Hari Raya sahabat-sahabat!

Apa khabar iman hari ni ? moga sentiasa terpelihara dengan bantuan Rahmat oleh-Nya yang baik hati.

herm..raya den tahun ni memang berbeda-beda dengan tahun sebelum-sebelumnya. Sebab tak lagi di nafikan yang ahli rumah ni semakin berkurangan. dengan pergi nya ketua segala tiang rumah pastu di susuli pula papan-papan rumah yang mengikuti langkah suaminya. Allahu Robbi rindunya pada ketua segala tiang rumah. agak-agak dia balik tak menjenguk kami di pagi raya walaupun kami tak sedar kehadirannya? huhu
papepon, moga dia sentiasa beraya di sana dengan abadi kelak.

Firman Allah yang bermaksud,

“Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan (hari terakhir Ramadan 30 hari) dan kamu mengagungkan Allah (bertakbir raya) atas petunjuk-Nya yang dianugerahkan kepada kamu agar kamu menjadi orang-orang yang bersyukur.”  (surah Al-Baqarah:185)

Den tersangat terkilan bila melihat realiti hari ini 'mereka-mereka' menyambut aidilfitri seakan dunia ini mereka yang punya. berhibur seakan terlupa dengan saudara-saudara seislam kita yang berada disana yang sentiasa mengharapkan doa dari kita. adakah mereka menyambut aidilfitri dengan aman? tetapi kita menyambut aidilfitri dengan nyanyian tung tang tung tang seakan orang gila yang kekenyangan apabila di suap makanan. pastu yang di sajikan dengan telebisen pulak tang mano?? Ummat Muhammad di tuntut menziarahi saudara-saudara tapi orang sekarang duk menonggeng tengok telebisen tidak bergerak . Allahurobbi!!

Bagaimana ya kalau lah Rasulullah masih ada dan melihat ummatnya sekarang sudah kembali pada zaman Jahiliyyah. menangis tak baginda? cuba kita bayangkan kalau kita sayangkan kekasih kita separuh mati. tetapi kekasih kita itu buat tidak tahu jer dan tidak menghargai sedikit habuk pon pengorbanan yang telah kita lakukan. mesti kita sedih kan? apatah lagi Rasulullah sahabat-sahabat. di saat Baginda hendak di tarik nyawa baginda masih menyebut "..ummati..ummati..ummati.." "UMMATKU..UMMATKU..UMMATKU.."

Astaghfirullah..Astaghfirullah..Astaghfirullah..
Maafkan kami ya Rasulullah..
Tak menjadi sebaik ummatmu terdahulu..
Walau kami tahu tidak mungkin setanding dengan akhlaq sahabatmu..
Maafkan kami Ya Rasulullah..
Maafkan kami..

kamu-kamu pikir laa sendiri yer..

 الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله الله

Den nak habaq mai lagi nih.. saudari-saudari den yang perempuan tuh plisssss jangan duk upload picture sakan sangat naa.. bukankah kita sebagai seorang muslimah harus mempunyai sifat malu ?? malu itu bukankah separuh daripada iman? wahai saudari-saudari ku sayang. ingatlah Allah sentiasa menjanjikan buah epal yang tinggi itu hanya pada seorang ajnabi yang hebat untuk mengambil epal tersebut. orang lain pon raya jugak..tapi jangan laa expose sangat ya? hermm..

sebenarnya banyak lagi aku nak nulis ni. tapi..tapi..tapi..herm..mod dah lari selaju-lajunya. ;D






Thursday 16 August 2012

Rintihan Batin

Ya Tuhan!
Ku pinta dari-Mu
Agar menjaga hatiku dan hati-nya
Moga tidak terjatuh ke lembah maksiat

Ya Tuhan!
Ku pinta sayang-Mu
Untuk ku yang dhaif ini
Tuntunilah langkah kakiku
Agar tidak tersesat
Di pertengahan jalan

Ya Tuhan!
Ingin sekali ku menyorot mukaku
kerana selalu meminta-minta pada-Mu
Sungguh aku malu
kerana sentiasa terlupa mensyukuri nikmat-Mu

Ya Tuhan!
Ku mohon sepenuh rayuan
Jangan Engkau sekali-kali melepaskan diriku
Yang sentiasa menuruti langkah lesuku
Kerana ku takutkan neraka-Mu
Untuk menggapai redha-Mu

Sunday 22 July 2012

Dia yang Menciptakan~


Yang meniti di bibirku
Yang terlintas di akalku
Yang terbisik di hatiku
Semua Dia akan tahu
Kerana dia yang menciptakannya
Semua di dalam kekuasaan-Nya
Di dalam susah pintalah Kepada-Nya, 
Kerana Dia pasti mendengarkannya
Juga di dalam senang pintalah kepada-Nya
Moga bahagia kan sentiasa bersama
Ya Allah, Kau maha mendengar
Tiap kata yang hamba lontarkan
Tiap doa yang hamba pohonkan
Ya Allah, kau maha memberi
Segala kurniaan dan rezeki
Ya Allah..

Saturday 14 July 2012

Bicara seribu kata

بسم الله الرحمن الرحيم


Pejam celik pejam celik, sekejap jer masa berlalu meninggalkan diriku sebenar tanpa ku sedari.. tapi Alhamdulillah masih celik bila pejam sampai sekarang.


Tiba-tiba lak malam ni mood nak menjengah teratak ni walaupun tak tau nak kongsi apa..


Pusing kiri, pusing kanan, pusing atas, pusing bawah semua sahabat-sahabat perjuangan dah lena di ulik mimpi..hanya tinggal aku jer yang masih lagi terkebil-kebil memandang sekeliling.. (sebenarnya tak tau nak tidor mana memandangkan teman2 dah mengambil posisi tidorku,) hahaha.. wahhh..bukan main enak mereka-mereka di ulik mimpi sampai kiri kanan ku di bedal tangan-tangan dan kaki-kaki yang x bertanggungjawab..(boleh tahan buas jugak laa mereka-mereka ini tidur) hahaha


AllahuAkbar.. cepatnya masa berlalu, aku sudahpun bergelar mahasiswi sekarang..rasa macam kelakar pon ada..hehehe.. dapat pulak cost mencabar giitu...di bawah 'Jabatan Dakwah wal-Qiadah' ..pergghh!!


Alhamdulillah makin dewasa umur, makin banyak apa yang aku dapat belajar kat sini..walaupun dengan bi'ah yang serba dhaif kat sini, sampai sekarang aku masih mampu tersenyum walau apa ujian yang di beri..


Alhamdulillah! siapa sangka kan.. hebat percaturan Allah siapa yang tahu.. sudah semestinya lah aku salah seorang yang terpilih menjadi yang di pilih datang ke sini kan..walaupun dengan keputusan secara mendadak untuk sampai ke sini..huhu


Apa yang aku dapat lihat, memang amat jelas sekali perbezaan antara zaman sekolah dan ipt..betul lah nasihat-nasihat yang telah di beri sahabat-sahabat dulu..kini aku sedang merasainyaa!! hoyeeehhh~ hahaha


Alhamdulillah! dalam kita berjuang mesti kita akan sentiasa di anugerahi teman-teman kan.. begitulah jugak aku kat sini.. Alhamdulillah mendapat teman seperjuangan yang berjalan seiring bersama...sangat-sangat-sangat bersyukur! sentiasa bersama saat suka dan duka, susah dan senang.. walaupun masing-masing berbeza umur, tapi insyaAllah masing-masing menggunakan kelebihan masing-masing untuk saling melengkapi kekurangan bersama..


Dan yang paling terharu dalam hidup kat sini bersama teman-teman seperjuangan apabila ada yang antara kami yang masing-masing mempunyai time yang tak sehat..mesti caring-caring..howw so sweettt..hahaha..
hurm.. tadi masa duk menjamu selera balik dari seminar duk borak-borak..(makan meggi je pon)..haha..so mana-mana yang sakit Tidak Dibenarkan sama sekali untuk menyentuhnya! huwahahaha.. dalam aku duk control-control orang yang tak leh makan, aku di bantah dek yang lain penuh kedengkian yang berbunyi.. 'ehhhh ehhh k.faizah bukan ada gastrik ke? k.longggggggggg!! tak aci..tengok adik k.long ni degillll...hahaha!
dengan muka tak bersalah aku terus je makan.. tapi ada laa satu suara yang terdengar membuatkan aku merasakan 'sengal bin senget gitu nak gelak..macam nk terguling tergolek jer'... 'k.faizah takpe..dy gastrik takde laa macam korang..habes-habes aku tengok dy paling sakit pon hari tu duk menonggeng-nonggeng je sampai tak study'... masak aku di ketawakan beb!! hahahhaa...


alaahh aku bukan kisah pon orang nak mengata apa pon..well..sebab aku tau..mulut aku pon apa kurang laser nya bila mengenakan orang...hehehe...kalau nak cerita semua pasal teman-teman aku ni memang tak habes sampai ke bulan depan laaa...tapi series! so sweeettt laa dapat kenal ngan korang-korang...series! (moga-moga antara korang tak de yang terbaca apa aku melalut ni) hahaha...


Hoyyeehhh!! dah lama kut mood gila-gila nih tak datang..haha..
Memandangkan sejak 2 menjak dapat asignment bertambung-tambung, maka waktu ketiduran aku pon tak berapa nak terurus sangat laa..lagi-lagi 2 3 malam ni asyik tidor kul 3 am ke atas jer.. (buat-buat bizi je pon) huhu..weekend pulak tak cukup masa nak pikir balik umah sebab penuh dengan aktiviti sampai waktu study pon semput..bak kata orang dewasa 'pandai-pandai nak hidup lerr'..kikikiki... pastu punya laa nasib badan aku 2 3 hari ni aku asyik kena noda dengan gambar-gambar yang ketiduran dalam kete or seminar jer dek member-member..hahaha! boleh tahan ciut miut laa kan bila tertidor keletihan dengan ternganga mulut..akekeke! sengal jer..


Addooiii... sebenarnya dalam adat berjuang di anugerahi teman-teman, cikgu-cikgi, lecture-lecturi perkara biasa laa kan.. apa yang penting apa tujuan utama kenapa kita boleh berada di sini.. niat mesti ikhlas untuk mudah mendapatkan redha Allah.. dan aku rasakan cost aku yang ambil ni memang begitu mencabar sekali.. tetapi adat dalam berjuang, perkara biasa laa kan melalui liku-liku kehidupan yang penuh duri-duri tajam...lagi-lagi yang berkaitan dengan hati manusia dan hidayah Allah! Dan aku sendiri pon masih lagi dalam kucar kacir menguruskan dan mengaturkan hidup aku sendiri..


tetapi apa pun berlaku, jangan kita lupa, kita di jadikan untuk menjadi 'khalifah' di muka bumi Allah yang di beri pinjaman untuk sementara ni..seperti firman Allah yang bermaksud:


 Dan (ingatlah) ketika Rab (Tuhan) engkau berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku (Allah) hendak menjadikan seorang khalifah (wakil) di bumi.” Mereka (malaikat-malaikat) bertanya: “Adakah Engkau (Allah) hendak menjadikan padanya (di bumi) orang yang akan melakukan kerosakan di dalamnya dan menumpahkan darah, padahal kami bertasbih dengan memuji-Mu (memuji Allah) dan mensucikan-Mu (mensucikan Allah)?” Dia (Allah) berfirman: “Sesungguhnya Aku (Allah) mengetahui apa yang kamu tidak mengetahuinya.” 


So, walau apa pun cabarannya, semoga kita semua terus istiqhamah dalam perjuangan untuk bekalan dunia menuju akhirat.. hoke? kalu fehem Angguk! hahaha


Sahabat-sahabat kat luar sana pun tolong doakan den dan teman-teman kat sini juga  dalam meneruskan langkah dalam mentarbiyyah diri sendiri dan juga orang laiin yer...moga sentiasa dalam redha Allah dan memperolehi husnul khatimah! Aminn~




Nah...aku kongsikan satu lagu untuk korang-korang...hehe


SEIRING SEHALUAN~


Kita laungkan Allahuakhbar Allah Maha Besar.

Hari yang indah, senyuman pertama,
Hulurkan salam ukhuwah kita.
Berpesan mengingati, dituntut agama,
Kita bagaikan satu keluarga.

Silaturrahim ini tak akan terpisah,
Kita jalinkan seperti Rasulallah dan sahabat.

Kita laungkan Allahuakhbar Allah Maha Besar,
Seiring sehaluan satu cita dan impian,
Susah dan senang kita tempuhi bersama,
Bertemu berpisah kerana Allah.

Demi satu kejayaan,penuh pengorbanan,
Keazaman juga ketabahan,
Inilah kehidupan, menuntut kesungguhan,
Tak semudah indahnya khayalan.

Silaturrahim ini tak akan terpisah,
Berbahagia untuk selamanya insyaAllah.

Allahuakhbar, Allah Maha Besar,
Lailahaillallah. (2x)


MiNnI yang cool...^_^

Saturday 2 June 2012

Sedetik Bersama Seabad Akan Terasa~

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah!
Setiap pertemuan itu pasti akan ada perpisahan,
jika kerana Dia kita berpisah, maka kerana Dia jugalah yang memberi nikmat berjumpa antara kita..
Setiap pertemuan itu pasti ada rasa suka duka gembira mahupun kecewa yang di kongsi bersama, 
tetapi setiap perpisahan itu pasti di susuli dengan kesedihan yang melanda dek jiwa kerana banyak kenangan yang di kongsi bersama..


Alhamdulillah!
Sepanjang aku di perjalanan bermusafir mencari cinta Dia, aku di kenal dengan ramai kawan yang sekepala..
alangkah bahagia jiwa meniti hari bersama-sama dengan jiwa remaja bagai sudah lama kita bersua..


Alhamdulillah!
Walau banyak rintangan dah di lalui kita bersama, masih kukuh kedudukan apabila kita saling bergantungan saling mengingatkan. bersyukur sangat pada Tuhan! kerana menganugerahkan sebuah persahabatan yang indah lagi meng'sweet'kan.

Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, kuat-menguatkan antara satu sama lain”. (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim


Alhamdulillah!
Masih segar di ingatan saat-saat kenangan bersama mengharungi liku-liku perjuangan alam pekerjaan.
diri ini banyak di didik dengan tangan-tangan senior yang di anugerahkan Tuhan untuk menunjuk jalan ke mana arah tujuan melalui liku-liku kehidupan. tanpa mereka aku mungkin tersesat di perjalanan mencari arah tujuan..


Alhamdulillah!
Aku bersyukur lagi terhadap Tuhan, kerana banyak nikmat yang indah lagi mengindahkan di beri pinjam kepada diri ini untuk bekalan dalam kehidupan, tetapi ku kesalkan di atas kelalaian diri melupai bersyukur nikmat yang di beri pinjaman! benarlah kata orang, nikmat bersabar itu jauh lebih mudah dari nikmat bersyukur dengan Tuhan.


Sepanjang kenangan bersama, ku dibawa berjalan dengan waktu lapang yang di anugerahkan Tuhan meneroka alam ciptaan.. berjalan..meneliti...dan mentafsir akan keindahan dalam persahabatan dan kehidupan.. sangat-sangat-sangat meng'sweet'kan..




 

















Alhamdulillah!
Wahai sahabat seperjuangan ku sekalian..
kini membawa kita masing-masing ke arah haluan yang berbeza tetapi kiblat yang sama..
tidak pernah ku rasa betapa indah persahabatan itu tanpa keikhlasan di hati yang mengukuhkan jiwa-jiwa kita.
sama-sama kita menjaga iman dan persahabatan demi hanya kerana-Nya yang Maha Kuasa.
walau arah kita semakin berbeza-beza, genggamlah tangan ini untuk kita sama-sama melangkah mencari redha-Nya.
pintaku semoga ukhwah antara kita sampai ke syurga!


Wahai teman-teman ku sayangi sentiasa..
ku mohon ampun di atas kekhilafan tutur bicara mahupun perbuatan yang tidak menyenangkan rasa..
tersengih terlebih gula or gurau senda sepanjang perjalanan kita bersama..
dan juga jutaan terima kasih di atas segala pengorbanan dalam kita bersama mencapai cita-cita.
mohon halalkan segalanya..
kerana Aku hanya insan biasa penuh kekurangan dan kelemahan.


Doakan saya di berikan kekuatan menempuh ujian yang mendatang dengan tabah dan tenang.
Moga rahmat Allah sentiasa mengiringi perjuangan kalian!

Dari saya salam sayang buat semua..
umi Aishah, kak jun, kak nana, kak murni, kak ika, kak miza, kak nina,kak ani, kak sue, esah n A-jun!

Sayang korang sangat-sangat kerana Allah Ta'ala!!


MiNnI..^_^










Friday 4 May 2012

Kelelahan, kepenatan, ketensenan~

بسم الله الرحمن الرحيم


Bila di fikirkan kembali apa yang telah saya buat untuk menghabiskan masa saya pada hari ini, saya terasa sebak! saya banyak termenung dan menangis!


Ya Tuhan! begitu rapuh hati hamba-Mu ini di saat menerima ujian dari-Mu.


Pesan seorang kakak sambil menggosok belakangku, "Kalau rasa ingin menangis, menangis aja semahunya supaya hati menjadi lega, saya sentiasa di sisimu dik walau tekadang kita berpisah jauh hingga beribu batu menjarakkan kita"


kakak! adikmu ini begitu jahilnya ilmu hingga mudah untuk berputus asa dari situasi-situasi yang terjadi! wahai kakak! kini ku akui tanggungjawab dan amanah yang di anugerahkan bukanlah mudah untuk kita memikulnya..aku takut kelak akan di tanya soal itu di akhirat! doakan aku kakak! semoga terus kuat untuk menghadapi liku-liku yang mendatang!


usah risau wahai adik! inshaAllah sentiasa doa kakak mengiringi perjalananmu..'senyum syurga'! Allah lebih suka mukmin kuat dari Mukmin dhaif! semoga kamu tidak berputus asa dari rahmat Tuhan-Mu! peace ;)


Dan di malam yang hening ini di saat semua anggota badan separuh kelenaan tetapi otak pula semakin hebat bekerja. layan lagu Maher zain membuatkan hati ini begitu murah.huhu T_T


I pray to God
With my heart, soul and body
Every single day of my life
With every breath I solemnly promise
To try to live my life for you
O Allah, you did revive my soul
And shone Your light into my heart
So pleasing you is now my only goal
Oh I love you so
I love you so
Chorus:
Now I know how it’s like
To have Your precious love in my life
Now I know how it feels
To finally be at peace inside
I wish that everyone could see
How Your love has set me free
Set me free and made me strong
O Allah, I’m forever grateful to You
Whatever I say could never be enough
You gave me strength to overcome my uncertainties
And stand firm against all the odds
You are the One who did revive my soul
You shone Your light into my heart
So pleasing you is now my only goal
Oh I love you so
I love you so
CHORUS
My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers – all for you [X2]
And I swear that I will never put anyone
Or anything before You
My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers – all for you



             tenang melihat indah ciptaan-Mu




Wednesday 25 April 2012

Ketabahan Dalam Ujian Tuhan

بسم الله الرحمن الرحيم


"Tekadang perjalanan tidak semestinya manis di pandangan, dan tidak juga Pahit di belakang..
Terkadang juga perjalanan tidak manis di hadapan tetapi akan muncul di pengakhiran..
Akan tetapi di sebalik kepahitan pasti ada kemanisan yang berpanjangan"


Asalkan percaya pada qadak Qadar Allah pasti hati akan di senangi dengan teguran..
Jiwa mudah menerima dengan lapang

Fikiran terbuka seluas lautan


Jika kita hidup dalam kepompong emosi pasti jiwa gundah gulana menerima ujian,
Hati tidak senang dengan teguran,
Fikiran akan tersempit bak bekas tupeware yang bergemelapan tiada ruang!


Jadilah kita umpama nyamuk yang berterbangan..
Terbang bebas walau tak punya sayap yang besar..
Meski kecik di pandangan, tetapi dalam di luar mata kasar.
Tetap tunduk patuh pada yang Maha Besar!


Sedang memujuk hati supaya tenang,
Datang ujian tanpa di undang.
Anggap saja sebagai teguran,
Atas kesilapan di waktu senang
Tanpa bersyukur di atas pemberian!


"Beginilah perjalanan seorang pejuang kebenaran..
Tiada kesenangan selepas kesusahan"



MiNnI sedang bertarung dek perasaan..^_^

Friday 13 April 2012

Dalam tawa ada tangis lagi

بسم الله الرحمن الرحيم

"Menjadi sebaik-baik hamba dan khalifah bukan semudah memetik 2 jari..
itu pun belum pasti bisa berbunyi..Hakikat insan memang penuh dengan kekurangan..
Namun tidak menjadi suatu kesalahan untuk memperbaiki diri menjadi sebaik-baik
hamba tuhan..Teruslah untuk melangkah meski dalam kepayahan..Jika kita mengaku sebagai khalifah..
mengapa mesti di uji dengan perkara mudah..sedang kepayahan itu perkara wajib
sebelum tiba  di pintu jannah..lalu, haruskah mengalah pada takdir
yang sering menghadiahkan kita dengan kesukaran yang membuatkan kita terduduk 
menangis hiba?
belajarlah untuk tabah duhai hati seorang pejuang!
tangisan itu pasti tidak akan sia-sia andai langkahmu terus
teguh menuju jalanNya"

Entahlah mengapa hati ini begitu rapuh dikala sedang sarat menanggung beban.
Dalam tidak sedar, hati ini telah bergelak ketawa bersama linangan air mata
Barangkali tersembunyi hikmah yang tersembunyi untuk di terokai..


Ku cuba untuk tidak mengeluh di atas ujian diri, namun sesekali terdengar jua hati kecil menangis terisak-isak untuk segera di pujuk. bukan ku kisah atas penderaan jiwa yang di berikan manusia, tetapi ku bimbang kerana manusia menggunakan tenagaku untuk mengejar dunia sehingga mereka lupa bahawa aku juga memerlukan masa yang seimbang untuk akhiratku. Ingin sekali ku menjerit sepenuh hatiku mengatakan cinta, namun ku harus sedar yang aku memang sedang berpura-pura dengan kata-kata menyatakan cinta pada-Nya, padahal dengan apalah  saja yang aku ada berbakti pada orang tua, menegakkan Adden yang Maha Esa! hanya boleh di bilang dengan jari sahaja. bahawa aku masih lagi bergelumang dengan dunia dan dosa noda yang di cipta..


Allahu Rabbi.. betapa hebat goncangan hati ku berkata-kata, akan tetapi tiada siapa yang peduli mahupun menghampiri mewarnai hari ku dengan kalam mu Rabbi..memujukku dengan hikmah betapa tenangnya menghampiri-Mu yang Maha Esa! Ku cuba menguatkan hati dengan menggenggam janji-Mu yang telah terpatri dengan suci.


Semoga pengorbanan yang hanya Engkau mengetahui ini lebih mendekatkan diri ini lagi dengan Rabbi, 
semoga apa yang telah di lakukan menjadi suatu ibadah yang boleh menyelamatkan diri ini dari terus di terjuni gaung yang dalam yang di akui aku sendiri tidak mampu untuk memanjat dengan 2 kaki yang di beri!


                                   =,=


"Rasulullah bersabda: Ada tiga perkara yang barangsiapa yang dapat mengumpulkan tiga hal itu dalam dirinya, maka ia telah dapat mengumpulkan keimanan secara sempurna. yaitu, memperlakukan orang lain sebagaimana engkau suka dirimu di perlakukan orang oleh lain, memberi salam terhadap setiap orang. (yang kenal mahupun tidak), dan mengeluarkan infak di jalan Allah meskipun hanya sedikit"
[Hadis Riwayat Bukhari]





MiNnI...^_^




Saturday 7 April 2012

Alaf Baru



Alaf baru di hadapan

Penuh seribu cabaran
Rintangan pancaroba
Menguji ketabahan

Perjuangan kebenaran
Haruslah diteruskan
Segunung harapan
Generasi masa depan



Informasi teknologi sedunia
Faedah kepada semua
Janganlah ia disalah guna
Kelak memakan dirimu jua

Hanya keutuhan iman
Yang dapat menahan
Segala ranjau ujian

Tiada ruang larangan
Dunia tanpa sempadan
Oh kebebasan apa saja



Hiburan dibuat multimedia
Mengabui mata manusia
Hidup ilusi khayalan minda
Adakah kau sudah bersedia

Kumpulkan semangat juangmu
Meruntuh segala kebathilan
Kita bina asas kekuatan
Menghadapi masa hadapan



“Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan  dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat , kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah: 153).

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, (iaitu) orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya.” (Al-Baqarah: 45-46). 


MinNi...^_^