autum in my heart


رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّك أَنتَ الْوَهَّابُ۝

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya.” (Aali ‘Imraan: 8)

Photobucket

helwa telinga~

my صحابة :)

Wednesday 29 February 2012

Wahai Hati Segala Raja~

بسم الله الرحمن الرحيم


WAhai Hati Segala Raja..
Mengapakah Engkau Gelisah..
Tatkala Impianmu Termakbul


Wahai Hati Segala Raja..
Mengapakah Tatkala Ini
Engkau Seperti Berada Di Awang-Awangan


Wahai Hati Segala Raja..
Kenapakah Tika Ini Engkau Bergoncang Hebat
Ibarat Pedang Yang Menghiris Segala Jantungku


Wahai Hati Segala Raja..
Ku Pohon Padamu Dan Tuhanmu
Tunjukkan Ku Sesuatu Yang Boleh Menggembirakanku


Wahai Hati Segala Raja..
Mengapakah Engkau Sentiasa Menangis Tatkala Berasa Lemah
Tetapi Kenapa Tidak Melegakan Diriku Dengan Mengalirkan Air Mata


Wahai Hati Segala Raja..
Tinggal Saja Lagi 3 Hari Untuk Kamu Berada Di Sini
Kenapa Tatkala Ini Engkau Mahu Menyendiri Membawa Diri..


Wahai Hati Segala Raja..
Mungkinkah Dirimu Terlalu Banyak Noda Hitam
Yang Belum Di Bersihkan Dengan Sabun Daia


Dush! dush! dush!

Pergilah Engkau Wahai Hati Yang Gelisah Dan Kemurungan
Yang Terselindung Di Sebalik Diri Yang Tenang
Usah Engkau Berpura-pura Lagi..
Sesungguhnya Aku Terlalu Letih Untuk Menanggung Lagi..

Syuhh..syuuhh..syuuhh..!!





MiNnI...^_^

Monday 20 February 2012

kenali Islam, Iman dan Ihsan~

بسم الله الرحمن الرحيم


Pada suatu hari ketika kami sedang berada didalam sebuah majlis bersama Rasulullah s.a.w. tiba-tiba tampillah di hadapan kami seorang lelaki yang berpakaian putih, berambut sangat hitam, tidak terlihat padanya tanda-tanda bekas perjalanan, dan tidak seorang pun antara kami yang mengenalinya. Lalu duduklah dia di hadapan nabi saw. Kemudian menyandarkan lututnya pada lutut nabi dan meletakkan tangannya di atas paha nabi. selanjutnya dia berkata : "Wahai Muhammad, beritahukan kepadaku tentang ISLAM! Rasulullah s.a.w menjawab: "Islam itu, Engkau bersaksi bahawa sesungguhnya tiada tuhan selain Allah. Dan sesungguhnya Muhammad itu utusan Allah, Engkau mendirikan solat, Mengeluarkan zakat, Berpuasa di bulan ramadhan, Dan menunaikan haji jika engkau mampu melakukannya.Orang itu berkata "Engkau benar."


Kami pun berasa hairan kerana dia bertanya lalu membenarkan, orang itu berkata lagi: "Beritahukan kepadaku tentang IMAN! Nabi s.a.w menjawab "Engkau beriman kepada Allah, Kepada para Malaikat-Nya, Kepada Kitab-kitab-Nya, Kepada utusan-utusan-Nya, Kepada Hari Kiamat, Dan kepada Takdir yang baik mahupun yang buruk" berkatalah orang tadi "Engkau benar".


Orang itu berkata lagi; "Beritahukan kepadaku tentang IHSAN! Nabi s.a.w berkata; Engkau beribadah kepada Allah seakan akan engkau melihat-Nya, Jika engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia pasti melihatmu.


Orang itu berkata lagi; "Beritahukan kepadaku tentang KIAMAT" Nabi s.a.w menjawab "Orang yang di tanya tentang itu tidak lebih tahu daripada yang bertanya". Selanjutnya orang itu berkata lagi: "Beritahukan kepadaku tentang tanda-tanda-Nya. Nabi s.a.w menjawab " Jika hamba perempuan telah melahirkan tuannya, Jika engkau melihat orang yang tidak beralas kaki, Tidak berbaju, Miskin, dan Pengembala kambing berlumba-lumba dalam mendirikan bangunan".


Kemudian orang tersebut pun beredar tetapi aku masih diam tercengang (beberapa lama). Kemudian Nabi s.a.w berkata kepadaku "Wahai Umar! tahukah engkau siapakah yang bertanya itu?" Saya menjawab Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Nabi s.a.w berkata: "Dia ialah Jibril. Dia datang kepada kamu untuk mengajarkan kepada kamu agama kamu.


[ Riwayat Muslim, Abu Daud, Al-Tirmizi, dan Nasa'i dengan sedikit perbezaan ]




BERIMAN KEPADA ALLAH
*Mengakui bahawa "Allah itu ada" dan mempunyai sifat-sifat agung serta sempurna, bersih daripada sifat kekurangan, Dia tunggal, benar, memenuhi segala keperluan akhluknya, tidak ada yang setara dengan dia, pencipta segala makhluk, bertindak sesuai dengan kehenndaknya, ddan melakukan segala kekuasaanya sesuai dengan keinginannya.


BERIMAN KEPADA MALAIKAT
*Mengakui bahawa para Malaikat itu adalah "hamba-hamba Allah yang mulia", tidak pernah mahu mendahului sebelum ada perintah, dan sentiasa melaksanakan apa yang di perintahkan kepada mereka.


BERIMAN KEPADA KITAB
*Mengakui Allah "menurunkan empat kitab-Nya" iaitu:

  • ZABUR kepada Nabi Daud a.s
  • TAURAT kepada Nabi Musa a.s
  • INJIL kepada Nabi Isa a.s
  • Al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w

BERIMAN KEPADA UTUSANNYA
*Mengakui bahawa "para Rasul itu jujur dalam menyampaikan segala ajaran" yang di terima dari pada Allah dan mereka di beri mukjizat yang mengukuhkan kebenarannya.Mereka menjelaskan kepada orang mukalaf apa-apa yang Allah perintahkan kepada mereka.Para Rasul itu wajib di muliakan dan tidak boleh di banding-bandingkan.


BERIMAN KEPADA HARI KIAMAT
*"Mengakui adanya hari kiamat", termasuk di dalamnya hidup kembali setelah mati, berkumpul di padang mahsyar,perhitungan dan timbangan amal menempuh jambatan antara syurga dan neraka yang mana kedua-dua tempat ini merupakan tempat pemberian pahala bagi orang yang beramal soleh dan seksa bagi orang yang berdosa.


BERIMAN KEPADA TAKDIR
*"Beriman kepada takdir,yang baik mahupun yang buruk"


      Firman Allah yang membawa maksud: "Allah menciptakan kamu dan semua perbuatan kamu" (surah Al-Saffat:96). "sungguh segala sesuatu telah kami ciptakan dengan ukuran tertentu" (surah Al-Qamar:49).




   


Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mu’min supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi 1395 dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, (QS. 48:4)



MiNnI...^_^

Friday 17 February 2012

salam syukur salam muhibbah~

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam syukur salam sayang buat kekasih junjungan yang mulia..


syukur kerana Allah masih memberikan nikmat nafas untuk di gunakan untuk membuat amal lagi..inshaAllah!


wahh! pagi jumaat yang sungguh segar! entah kenapa hari ni bila bangkit jer dari tidor tepat jam kul 5 am rasa macam bersyukur sangat-sangat...syukur yang tidak dapat di rasa pada sebelum ini! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Syukur kerana di pilih oleh-Nya...


Kalau kita berniat baik pada permulaan harinya, inshaAllah kita akan mendapat semangat yang baik untuk melangkah pada waktu yang masih panjang...inshaAllah!!


salam jumaat penuh keberkatan..


        سبحان الله والحمدلله وﻻ اله الا الله والله اکبر


Ya Allah! berikanlah kepadaku manfaat atas segala yang Engkau ajarkan,
dan Ajarkanlah kepadaku apa yang memberi manfaat dan tambahkanlah ilmuku,syukur kepada-Mu diatas segala perkara, aku memohon pelindumgan-Mu daripada keadaan ahli neraka! Ameen!!
(Riwayat al-Tirmizi)




MinNi...^_^


Wednesday 15 February 2012

Hamba yang mencari kekuatan~

بسم الله الرحمن الرحيم

Bermula langkah dengan menyebut nama Tuhanku..


Sebenarnya saya bukanlah penulis tegar blog, pembicara terkemuka, pelawak antarabangsa..tetapi saya adalah seorang hamba Allah yang sedang dalam proses mencari Tarbiyyah dari-Nya..


Sejujurnya saya teramatla "kejelesan" bila melihat pakar-pakar penulis dalam penulisan mereka..kerana saya juga seorang peminat setia dalam menggedik-gedikkan pen di tangan dalam menulis tinta.. tetapi saya teramat laa lama tidak mengerahkan otak dalam berbicara dalam tulisan menbuatkan saya berada dalam tahap zon bahaya.ibarat kata lain, otak saya jadi blur bila mula berbicara...Allahu Akbar!


USRAH.
saya teramat merindui usrah..saya sangat berminat dengan usrah..namun situasi menjadikan saya tidak berganjak lagi walau selangkah untuk mencari usrah dalam meniti langkah..saya tahu "hendak seribu daya tak hendak seribu dalih" tetapi setiap kali saya mula hendak melangkah saya teramat buntu..kemanakah saya harus membawa kaki mencari usrah..? memandangkan saya berada dalam zon sosial sebelum ini menyebabkan saya kurang berteman dengan kawan-kawan yang sentiasa mengikuti usrah! 


memikirkan keadaan saya sekarang yang kurang stabil dalam melangkah kehidupan harian...saya bertambah bimbang..saya lukakan hati kawan-kawan dengan menyepi membawa diri..tetapi ketahuilah saya dalam mencari ketenangan dan mencari jalan agar diri saya kembali kepada asal kejadian..sungguh saya merindui ketenangan yang ada dalam usrah sewaktu zaman persekolahan dahulu..saya bukan terus melupakan orang sekeliling..tetapi saya hanya mencari ruang untuk mengenali kembali diri saya yang sewaktu ketika hilang di telan dek zaman..


tekadang saya terpaksa menjadi hantu jembalang dalam penyamaran..dalam diam saya bertindak mengikut arahan kata fikiran..saya menjadi pemerhati setia blog2 yang terasa dekat di hati..dan saya yang muncul ketika tiada orang perasan dan kembali ghaib ketika orang mengesan..bukan kerana menjadi pengintip upahan, tetapi saya kurang kekuatan untuk berdepan dengan orang yang di beri kehebatan..


Sungguh saat ini detik ini..saya memerlukan teman sehaluan dan "sekepalaan" yang mengikuti usrah untuk membimbing diri ini menuju keredhaan Tuhan..genggamlah tangan ini yang dikotori dek nafsu nafsi..peluklah diri ini dengan tarbiyyah-Nya ketika lemah menguasai diri..jika ada yang sudi moga Tuhan memberkati dan memudahkan segala urusan..Ameen ya Rabb!!


Dari saya yang dalam kebuntuan mencari arah tujuan asal kejadian~
moga Allah permudahkan segala urusan mengikut kehendak-Nya~


MiNnI...^_^

Tuesday 14 February 2012

kasih ayah ibu membawa pada redha Allah~

بسم الله الرحمن الرحيم

tika ini detik ini saat ini sedang saya cuba untuk memujuk mata yang degil untuk melelapkan jasad...pusing kiri pusing kanan pusing depan pusing belakang..hihi..Allahu Akbar...


sedang mengulit diri, terimbas kembali saat-saat genting dalam kehidupan yang telah terjadi setahun yang lalu..terusku capai lappy..dan tangan mula gatal untuk menaip..


"tahniah! ustaz ucapkan kat anti..sebab anti sorang jer dapat A dalam subjek ( pendidikan syariat islam ) dalam TRIAL SPM ni..jangan kerana masa ni awak dah dapat tinggi tapi nanti masa exam SPM betul jangan pula kamu buat sambil lewa"


tergiang-giang kembali memori yang dah berlalu..saya mula tekadkan dalam diri bahawa saya mesti berusaha untuk capai A dalam subjek (PSI). kerana saya memang lebih cenderung minat pada subjek ni daripada yang lain.mungkin sebab banyak cerita pasal hukum kot..hihi.


dari hari berganti hari minggu berganti minggu...saya mula menginap di asrama untuk lebih tumpukan pada pelajaran..dan exam SPM mula menjelang..


3 hari sebelum subjek (PSI) bertandang saya mendapat panggilan dari mama..


"jah! engkau ambik fon maa ke? maa nak balik kelantan ni.."


"A'ah maa...maa nak guna ke? mari laa ambik..ambe pinjam jap sebab guna 2 sim..hehehe"


"oke..nanti maa mintak abah pergi amik yer..tunggu kat luar pagar tau..nanti abah x jumpa pulak kat mana nak cari"


"oke maa.."


masa begitu deras berdetik..ku hanyut di buai kenangan lagi..tiba-tiba tanpa ku sedar hangat air mata mengalir..


tunggu punya tunggu abah..tak lama kemudian abah sampai..jarak antara umah ngan asrama aku bukan jauh sangat pon..sebab 2 aku sesuka hati jer selalu menyusahkan orang tua ku..Astaghfirullah..


"jah! kenapa ambik fon maa? kan dah susahkan orang pegi balik pegi balik semata-mata nak ambik fon ni..."


"hehehe...( wat muka seposen n sengeh macam kerang busuk )..ambe guna jap jer bah..dah mintak ngan maa ari 2.."


borak-borak-borak ngan abah...detik berganti detik saat berganti saat minit berganti minit..


"xpelaa..abah dah nak balik ni..nak pergi kelantan..oh yer..kamu dah ada ke henfon yang nak guna?"


saya kaget!! biasanya abah kalau marah dia akan marah betul-betul x sempat dah nak tanya "kamu dah ada ke henfon yang nak guna?"


tergagap-gagap saya jawab...
"aaaa? ohh dah der bah! saja jer nak guna 2 sim...tu pinjam fon maa...heee "


masa terus berjalan meninggalkan saya...


satu hari berbaki sebelum subjek (psi) yang di tunggu-tunggu...seingat saya...saya mengantuk sangat-sangat pada hari tu..lalu saya tidur dari balik exam sampai petang..sampai kawan-kawan naik heran kenapa saya begitu letih sampai tido atas lantai simen...biasanya saya x dapat tahan tidor lama-lama kat atas simen...


pada malamnya esok mahu menduduki exam subjek (psi) saya mula sibuk study bersama kakak-kakak warden..maklum laa kan..anak buah manja...orang lain kena tidur kat dalam dorm..tapi saya menginap di bilik warden..huhu


masa terus berjalan..ting! ting! masa menunjukkan pukul 12.00 am..saya dalam kegelisahan..saya tak pasti memikirkan apa..subjek (psi) esok hari atau fikirkan dot dot dot..hihi...yang pasti saya baring sambil tangan di atas dahi dalam kegelisahan...


tiba-tiba lewat malam tue saya dapat panggilan dari kakak yang study kat usm..dahi dah mula berkerut-kerut...tak pernah-pernah kakak coll masa nie...dah lewat ni..apa pulak yang dy nak?? aku terus berteka-teki.. terus aku di tegur dek kakak warden.." kenapa tengok jer fon tu? angkat laa"


"Assalamualaikum..buat apa? tengah study ker? camne exam?"


aku bertambah-tambah lagi laa heran...memandangkan hubungan adik beradik yang kurang rapat waktu tu...waktu tu pukul 12.40 kalau x silap..aku terus di tujah-tujah dengan persoalan..aduhaaii...!! degupan jantungku makin kuat berdegup..


"jah! bawak banyak bersabar yer..baca yasin untuk abah..aku kat hospital sekarang ni..ABAH DAH TAKDE..."


"haaa?? "


sungguh aku dalam kekagetan saat itu detik itu..namun ku kuatkan jasad untuk bangun melangkah ke bilik air...seusai ambik wudu' ku terus baca yasin..Allah! Allah!


pukul 2 am aku sampai umah dengan pertolongan mak sdare yang ambil dari asrama..hatiku dan fikiranku bagai orang hilang ingatan..blank! iya aku hanya berjalan mengikut arahan...


tepat jam 3 am jenazah sampai.. terus ku baca yasin...sampai laa pukul 6 am aku kembali lagi ke asrama untuk persediaan paper subjek (PSI)..huhu..saat itu ingin keluar umah saya tatap lama wajah abah..saya cium abah...sejukk!!


apakah yang ada di kepala ku saat mendapat kertas soalan ?? huhu...saya pon x pasti apa yang saya tulis dalam kertas tue..yang pasti saya tahu saya nak balik umah...


bila sampai umah jenazah dah di usung untuk di masuk kan dalam kereta mayat!


                    ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


alamak! tangan dah terketar-ketar nak sambung cerita..huhu..


bila result SPM keluar..saya terus p jumpa ustaz subjek (psi).. "ustaz...saya mintak maaf sangat-sangat! saya dapat pangkat E subjek ustaz...saya tak dapat nak senangkan hati ustaz..maafkan saya ustaz! selalu menyusahkan ustaz.."


"tak pelaa...ustaz faham...anti banyak bawak bersabar yer...tabahkan hati..Allah tak kan mengsia-siakan hambanya...percayalah...pasti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi...:))"


                  ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


ya Allah! aku kesal di atas apa yag terjadi...aku menyesal  x sempat senangkan hati orang tuaku di saat hayat mereka masih ada...aku selalu menyusahkan mereka..ya Allah! Kau ampunilah di atas segala dosa-dosa kedua ibu bapa ku..Kau tenangkanlah arwah abahku di syurga yang paling mulia..


bersaksikan Tuhan aku berjanji..mulai detik ini saat ini...aku nak jadi budak baik..tak nak dah jadi budak nakal macam dulu..selalu menyusahkan orang tuaku..menyusahkan orang sekeliling..kini dengan bantuan-Mu ya Rabb aku ingin berdiri dengan kaki sendiri..berikanlah aku kekuatan ya Aziz...permudahkan segala urusanku.. Kau cantumkanlah kembali ahli keluargaku yang Engkau anugerahkan dengan kasih sayang..moga kami terus erat menjalani kehidupan seharian dengan bantuan-Mu untuk mencapai redha-Mu...Ameen ya rabb!!


                 ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


P/S : pada yang sudi membaca sedikit coretan hati dari saya..syukran...tolong doakan yer..yang masih ada kedua ibu bapa..saya nasihatkan jaga lah hati mereka supaya mudah untuk kita mendapat berkat dalam hidup dengan redha mereka...jangan jadi seperti saya..apabila kehilangan baru hendak mencari dan berfikir...pada yang selalu menyakiti hati kedua ibu bapanya, mohonlah ampun dan maaf dari mereka..selagi saat n waktu masih ada..SESUNGGUHNYA DI ATAS SETIAP KEJADIAN PASTI ALLAH BESERTAKAN HIKMAH..wassalam

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
Riwayat al-Hakim


“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14)











MiNnI..^_^

Tuesday 7 February 2012

Si Perempuan Itu Mengumpulkan Nanah Yang Keluar Daripada KemaluanNya Lalu Diberikan Kepada Lelaki . naudzubillah !


بسم الله الرحمن الرحيم

( Luangkan masa utk membaca kawan2 sahabat2 sekalian…sekejap jerk..mOga mendapat ikhtibar dan manfaatnya..) >_<

✿ “Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu neraka Hawiyah? Itulah neraka yang apinya menjulang-julang.” Saya terpandang sepasang lelaki dengan perempuan. Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki. Ia minum dengan rakus, kemudian muntah keluar. Yek, jelek sekali. Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga.

✿ “Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air nanah dan najis pasangan kamu. Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan di akhirat.” Sekumpulan manusia bertelanjang berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. Makakan yang baik dan makanan yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu. Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat. Baunya seperti bau najis ayam. Ia busuk sekali. Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka.

✿ “Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa riba merupakan kemurkaan di sisi Allah. Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baik untuk kamu namun kamu memilih riba.” Saya ketakutan. Ya Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya. Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.

✿ “Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.” Saya terus menangis. Seorang naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan. Saya melihat sekumpulan wanita. Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. Saya mengintai jauh-jauh. Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat manusia. Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup. Siapakah mereka itu Wahai Tuhan? Saya tambah menggigil apabila melihat salah seorang daripada mereka. Itu adalah saudara saya. Ia seorang yang berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. Mengapa ia turut berada dalam kelompok terkutuk itu.

✿ “Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah.Mereka memperjuangkan Islam. Namun dalam masa yang sama,mereka suka sekali menaburkan fitnah dan mengumpat.” Satu suara menjelaskan kepada saya. Ya Allah, saya mengerti. Ini kisah benar. Saya mendengar dari rakan saya sendiri. Apabila seorang muslimah berkenan dengan seorang muslimin, dan muslimah itu meminta bantuan daripada rakannya menjadi orang tengah. Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin ikatan bahkan menaburkan fitnah. Ya Allah, saya berharap cerita ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan orang lain. Seorang ahli pejuang Islam, keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut pejuang Islam. Berpegangan tangan. Menunggang motosikal bersama-sama. Nah, kepada mereka kita ingatkan, Peluklah pasangan kamu itu di atas motor seerat-eratnya, namun harus kamu ingat, yang kamu peluk itulah yang akan menghirup nanah yang keluar dari kemaluan kamu.

✿Na’uzubillah, Ajirna minannar.

✿Saya keanehan. Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yang sanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadi isterinya? Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya?

✿ “Darah haid,” saya berpaling ke belakang. Seorang tua bertongkat merapati saya. " Darah haid, apa maksud atuk" Orang tua itu menunjukkan saya ke satu arah. Terbeliak mata saya melihatnya. Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan. “Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehingga LALAI DARIPADA MENGINGATI ALLAH,”


p/s : m0ga mendapat iktibar dari kisah ini..pesanan buat sahabat-sahabat, juga buat diri sendiri..Nauzubillah..kami berlindung hanya padaMU ya ALLAH..

[kopipes]

MiNnI...^_^

Sunday 5 February 2012

yukk! selawat~


yukk!! berselawat..bukan pada beday Nabi jer tau...:))


MiNnI...^_^

Salam Maulud Nabi~

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam Mahabbah buat junjungan kekasih mulia Nabi Muhammad S.a.w



اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.


Ya Allah! baiknya Engkau mengalahi segala makhluk,
Di malam yang sunyi penuh kesepian Engkau utuskan malaikat untuk mengejutkan hamba-hamba-Mu yang lena di buai mimpi yang mengasyikkan.


Ya Allah! baiknya Engkau mengalahi segala makhluk,
Engkau memberi segala nikmat keizinan buat hamba-hamba-Mu untuk dalam keasyikan memuji kekasih yang tercinta Muhammad s.a.w..


Ya Allah! baiknya Engkau mengalahi segala makhluk,
Engkau memberi hidayah-Mu untuk hamba-mu yang faqir ini dalam terkapai-kapai mengikuti arus dunia.
Engkau menjanjikan keampunan bagi diri mereka yang dalam menelopori penuh dosa noda dengan sebuah Taubat.


ya Allah! baiknya Engkau mengalahi segala mahkluk,
Engkau memberi nikmat mata untuk melihat kebesaran kekuasaan-mu
Engkau memberi nikmat nafas untuk menyedut udara-Mu
Engkau memberi nikmat telinga untuk mendengar segala kebaikan-Mu
Engkau memberi segala nikmat yang tidak terhitung kepada kami.
namun, diri yang penuh noda hitam ini sentiasa membutakan mata memekakkan telinga tidak mensyukuri di atas segala nikmat yang telah Engkau berikan.

[1]
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. 

[3]
Dia lah yang telah menciptakan manusia;


[4]
Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. 

[10]
Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain


[16]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


[ AR-RAHMAN ]


Sesungguhnya Engkau Ampunilah Kami ya Allah! Ampunilah di atas segala khilaf kami.
Engkau bimbinglah langkah kami dengan sentiasa menyebut nama-Mu.
Janganlah Englau bolak balikkan hati kami sesudah Engkau memberi hidayah kepada kami ya Allah!
Matikanlah kami dalam nikmat iman dan ISlam Adden-Mu ya Allah!
Serta pengakhiran husnul khatimah ( yang baik ).

Ameen! Ameen! Ameen! ya Rabbal A'lamin!






MinNi...^_^