Yang meniti
di bibirku
Yang terlintas
di akalku
Yang terbisik
di hatiku
Semua Dia
akan tahu
Kerana dia
yang menciptakannya
Semua di
dalam kekuasaan-Nya
Di dalam
susah pintalah Kepada-Nya,
Kerana Dia pasti mendengarkannya
Juga di
dalam senang pintalah kepada-Nya
Moga bahagia
kan sentiasa bersama
Ya Allah,
Kau maha mendengar
Tiap kata
yang hamba lontarkan
Tiap doa
yang hamba pohonkan
Ya Allah,
kau maha memberi
Segala kurniaan
dan rezeki
Ya Allah..