autum in my heart

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّك أَنتَ الْوَهَّابُ۝

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya.” (Aali ‘Imraan: 8)

helwa telinga~

my صحابة :)

Thursday, 18 July 2013

Secebis Luahan

Biasanya bila dalam keadaan di uji, aku sentiasa berada dalam keadaan tafaqur mencari diri sendiri. mengoreksi diri mencari dimana silapnya dan dimana haluan nya untuk menuju kearah keredhaan.

Tetapi hari ini, saat aku di uji, hati ku begitu beria-ria dan tanganku begitu ingin sekali menari mencari sesuatu disebalik penulisan. 

Tersangat hiba hati ini di malam hari yang penuh keredupan. Terkilan dengan perangai sesetengah insan yang disayang. bukan untuk cuba meletakkan diri dalam keadaan faham. Allahu! bagaimana ingin aku jelaskan.

Teringin sekali ku melihat pelangi itu sentiasa mekar di langit nan kecantikan, bahkan ku ikrar menjanjikan akan menerima segala cacat cela warna warni yang bercampuran. tetapi ternyata diri ini tewas dengan warna yang penuh campuran putih hitam kuning ke oren nan.

bagaimana ingin aku jelaskan, dengan rahsia yang penuh berseliratan, hanya mampu memecahkan kebuntuan disebalik penulisan. 

ingin sekali ku curahkan bagaimana indah lukisan rahsia alam, membuatkan aku berhenti melangkah diatas kekaguman yang di cipta Tuhan. 

ya Tuhan! Engkau menjadi saksi di atas setiap pengaduan dan curahan yang dinukilkan.