autum in my heart


رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّك أَنتَ الْوَهَّابُ۝

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya.” (Aali ‘Imraan: 8)

Photobucket

helwa telinga~

my صحابة :)

Tuesday 28 January 2014

menulis, menulis, jom! menulis.

Untuk menjadi seorang penulis maka aku dilatihkan untuk menulis, menulis dan terus menulis. 
tulis apa? tulis saja apa-apa yang boleh ditulis sehingga boleh menulis !

hoho. bukan senang untuk menulis sebenarnya jika fizikal dan mental tiada dalam kesedaran dalam pembacaan dan penulisan. 

Maka bermulalah kisah aku yang bercita-cita menjadi seorang penulis ! saban hari kenalah menulis setiap hari sekurang-kurangnya untuk 1 page. nak tulis apa? tulis aja apa-apa yang ingin di tulis. (katanya cikgu penulisanku)

uhuks !! sadis bukan bagi aku yang tak reti menulis ? kosong.

Tapi tak bermakna aku tak akan pandai selamanya jika aku berusaha untuk menulis. melatih diri dengan menulis dan terus menulis. kan kan kan?

haa ada idea nak tulis apa! jom kita menulis untuk menghasilkan penulisan seorang penulis.
wakakaka~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

story nya,
jeng jeng jeng~

Semalam bila aku godek-godek pesbuk tengok anak-anak murid tadika sahabat (Al-Jannah montessori), teringat pulak aku kat anak-anak murid aku masa tuision kat Kolumpor dulu. sementara sambung belajar kan, maka terpilih lah aku untuk menjadi seorang guru kepada beberapa orang murid termasuk la murid seorang ni ! murid istimewa.

China Muslim.
iaitu Muallaf baru berhijrah setelah ibunya memeluk islam. baru berumur 11 tahun.

Bila tahu kan, rasa teruja sangat masa tu untuk lebih mendekati budak ni. tapi bila makin mendampingi dirinya, rasa macam rendah pulak diri ini walaupun hakikatnya aku ini takdelah rendah sangat. bak kata orang hulu tinggi laa juga seposen! haha.

rendah diri kat sini bermaksud tak layak! u know tak layak! 
sebabnya, aku rasa aku masih lagi banyak kekurangan sebagai seorang muslim yang dari kecik anuti islam.
Allahh !!
budak ni betul-betul membuatkan aku rasa nak larikkkk jer menyorok bawah kerusi.

namanya Daniel.
Anak sulong, dan sangat caring dengan adik-adiknya.
budaknya baik sangat.

Dia mintak aku ajarkannya untuk bersolat.
Alhamdulillah dalam masa beberapa hari dia dapat kuasai bacaan-bacaan dalam solat.
Aku sendiri malu dengan dia, yela mana taknya, dah sebagai seorang islam, kadang nak solat pon malas. huhuuhu~

Dia orang susah, selalunya pergi sekolah tak cukup duit.
tang ni aku tak ley tahan.
selalunya balik sekolah sementara tunggu tuision dia akan duduk dekat lapangan tadika sebagai tempat transit ke tuision. dia akan tengok je kawan-kawan lain pergi kedai beli air, aiskrim dan sewaktu dengannya lah.
Biasanya waktu ini lah aku mengambil masa untuk mendekati dirinya. Apabila dihulurkan wang untuk belanja dia akan keriangan dan tak lekang dari bibirinya berkata, 'terima kasih cikgu' dan takkan lupa menanyakan aku 'cikgu nak kirim pape tak?' lalu dia akan berlari-lari anak menuju ke kedai. Aku tahu jika tunggu untuk dia meminta takkan dia akan meminta pada siapa-siapa melainkan jika orang beri. Kamu tahu Daniel ? saat itulah cikgu rasa paling bahagia dalam mencipta memori bersama kamu. 

dan dipetang hari kalau abis je kelas tuision dia akan tunggu aku untuk ajarkan dia mengaji. rasa macam sampai sekarang terngiang-ngiang lagi di telinga ini rengekan dia, "cikgu, ajarlah saya mengaji, boleh laa cikgu! boley ya?"

Sungguh! dari budak ini lah aku belajar bertekad. belajar erti sebuah kehidupan dan islam.
Secara tepatnya Allah mentakdirkan aku untuk berjumpa dengan budak ini penuh dengan hikmah,
Allah ingin untuk aku menjadi seorang hamba yang benar-benar menjadi hamba kepada Rabb-Nya.

Subhanallah!! 
maka sampai lah sekarang tekad itu aku masih berpegang, aku tak kan berputus asa walau keperitan seperit mana pon ia bertandang. selagi aku di kurniakan badan dan roh, aku akan bantu islam. 

"Daniel, cikgu harap kamu disana boleh membesar dalam keadaan islam dengan baik, jadi anak soleh yang sentiasa mendoakan dan membimbing ibumu ya. jadi seorang islam yang bersungguh-sungguh mendalami agama yang dianuti dan sentiasa lah dekatkan diri dengan Allah. walaupun dah 2 tahun cikgu hilang khabar berita tentangmu, cikgu berharap akan ada suatu hari nanti dimana hari pertemuan diantara kita. andaikan tidak di dunia, biarlah di singgahsana 'sana'. doakan cikgu juga ya! miss u so much wahai adikku pejuang islam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

itu sajalah secebis kisah untuk ku menulis bagi melatih diri untuk terus menjadi seorang penulis.
haha~
wassalam.

MiNnI ^_^