autum in my heart


رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّك أَنتَ الْوَهَّابُ۝

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya.” (Aali ‘Imraan: 8)

Photobucket

helwa telinga~

my صحابة :)

Wednesday 23 April 2014

Syair membuatkan Imam Ahmad bin Hambal menangis

jika tuhanku bertanya kepadaku
tidak malukah kau bermaksiat kepada Ku?
kau sembunyikan dosamu dari makhluk-Ku
dan datang pada Ku dengan penuh dosa.
bagaimana aku nak jawab duhai diriku yang malang?
dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku?
aku terus menyogok jiwaku dengan impian
dan harapan dari semasa ke semasa
dan aku melupakan apa yang bakal di hadapi selepas mati
dan apa yang akan berlaku selepas aku dikafankan
seolah-olah aku ini teah dijamin untuk hidup selamanya
seakan mati tidak akan menemuiku
dan telah datang padaku sakaratul maut yang ngeri
nah! siapa sekarang yang mampu melindungiku?
aku melihat pada wajah-wajah
apakah ada daripada mereka yang akan menebusku?
akan ku di soal apa yang telah aku lakukan di dunia untuk menyelamatkan diri ini?
maka bagaimana akan ku jawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku?
celakanya aku!
apakah aku tak mendengar ayat-ayat Allah yang menyeruku?
adakah aku tak dengar apa yang telah diberitakan didalam surah Qaaf dan yasin?
adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia,
hari perhimpunan dan hari ad-deen (Al-qiyamah)
adakah aku tak dengar panggilan ajal maut,
menyeru & menjemutku?
maka ya rabb! seorang hamba datang bertaubat, siapa yang dapat melindunginya?
melainkan tuhan yang maha luas pengampunan Nya & yg membimbingku pada kebenaran.
aku telah datang padaMu maka kasihanilah daku
dan beratkan timbangan (kebaikan) ku.
dan ringankan (percepatkan) hisabku kerana
engkaulah yang terbaik dalam penghisaban.