بسم الله الرحمن الرحيم
"Tekadang perjalanan tidak semestinya manis di pandangan, dan tidak juga Pahit di belakang..
Terkadang juga perjalanan tidak manis di hadapan tetapi akan muncul di pengakhiran..
Akan tetapi di sebalik kepahitan pasti ada kemanisan yang berpanjangan"
Asalkan percaya pada qadak Qadar Allah pasti hati akan di senangi dengan teguran..
Jiwa mudah menerima dengan lapang
Fikiran terbuka seluas lautan
Jika kita hidup dalam kepompong emosi pasti jiwa gundah gulana menerima ujian,
Hati tidak senang dengan teguran,
Fikiran akan tersempit bak bekas tupeware yang bergemelapan tiada ruang!
Jadilah kita umpama nyamuk yang berterbangan..
Terbang bebas walau tak punya sayap yang besar..
Meski kecik di pandangan, tetapi dalam di luar mata kasar.
Tetap tunduk patuh pada yang Maha Besar!
Sedang memujuk hati supaya tenang,
Datang ujian tanpa di undang.
Anggap saja sebagai teguran,
Atas kesilapan di waktu senang
Tanpa bersyukur di atas pemberian!
"Beginilah perjalanan seorang pejuang kebenaran..
Tiada kesenangan selepas kesusahan"
MiNnI sedang bertarung dek perasaan..^_^
"Dan aku tidak mengaku diriku suci (daripada kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan kecuali nafsu yang di beri rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" [surah Yusuf:53]
autum in my heart
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّك أَنتَ الْوَهَّابُ
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya.” (Aali ‘Imraan: 8)
helwa telinga~
my صحابة :)
Wednesday, 25 April 2012
Friday, 13 April 2012
Dalam tawa ada tangis lagi
بسم الله الرحمن الرحيم
"Menjadi sebaik-baik hamba dan khalifah bukan semudah memetik 2 jari..
itu pun belum pasti bisa berbunyi..Hakikat insan memang penuh dengan kekurangan..
Namun tidak menjadi suatu kesalahan untuk memperbaiki diri menjadi sebaik-baik
hamba tuhan..Teruslah untuk melangkah meski dalam kepayahan..Jika kita mengaku sebagai khalifah..
mengapa mesti di uji dengan perkara mudah..sedang kepayahan itu perkara wajib
sebelum tiba di pintu jannah..lalu, haruskah mengalah pada takdir
yang sering menghadiahkan kita dengan kesukaran yang membuatkan kita terduduk
menangis hiba?
belajarlah untuk tabah duhai hati seorang pejuang!
tangisan itu pasti tidak akan sia-sia andai langkahmu terus
teguh menuju jalanNya"
Entahlah mengapa hati ini begitu rapuh dikala sedang sarat menanggung beban.
Dalam tidak sedar, hati ini telah bergelak ketawa bersama linangan air mata
Barangkali tersembunyi hikmah yang tersembunyi untuk di terokai..
Ku cuba untuk tidak mengeluh di atas ujian diri, namun sesekali terdengar jua hati kecil menangis terisak-isak untuk segera di pujuk. bukan ku kisah atas penderaan jiwa yang di berikan manusia, tetapi ku bimbang kerana manusia menggunakan tenagaku untuk mengejar dunia sehingga mereka lupa bahawa aku juga memerlukan masa yang seimbang untuk akhiratku. Ingin sekali ku menjerit sepenuh hatiku mengatakan cinta, namun ku harus sedar yang aku memang sedang berpura-pura dengan kata-kata menyatakan cinta pada-Nya, padahal dengan apalah saja yang aku ada berbakti pada orang tua, menegakkan Adden yang Maha Esa! hanya boleh di bilang dengan jari sahaja. bahawa aku masih lagi bergelumang dengan dunia dan dosa noda yang di cipta..
Allahu Rabbi.. betapa hebat goncangan hati ku berkata-kata, akan tetapi tiada siapa yang peduli mahupun menghampiri mewarnai hari ku dengan kalam mu Rabbi..memujukku dengan hikmah betapa tenangnya menghampiri-Mu yang Maha Esa! Ku cuba menguatkan hati dengan menggenggam janji-Mu yang telah terpatri dengan suci.
Semoga pengorbanan yang hanya Engkau mengetahui ini lebih mendekatkan diri ini lagi dengan Rabbi,
semoga apa yang telah di lakukan menjadi suatu ibadah yang boleh menyelamatkan diri ini dari terus di terjuni gaung yang dalam yang di akui aku sendiri tidak mampu untuk memanjat dengan 2 kaki yang di beri!
=,=
"Rasulullah bersabda: Ada tiga perkara yang barangsiapa yang dapat mengumpulkan tiga hal itu dalam dirinya, maka ia telah dapat mengumpulkan keimanan secara sempurna. yaitu, memperlakukan orang lain sebagaimana engkau suka dirimu di perlakukan orang oleh lain, memberi salam terhadap setiap orang. (yang kenal mahupun tidak), dan mengeluarkan infak di jalan Allah meskipun hanya sedikit"
[Hadis Riwayat Bukhari]
MiNnI...^_^

Saturday, 7 April 2012
Alaf Baru
Alaf baru di hadapan
Penuh seribu cabaran
Rintangan pancaroba
Menguji ketabahan
Perjuangan kebenaran
Haruslah diteruskan
Segunung harapan
Generasi masa depan
Informasi teknologi sedunia
Faedah kepada semua
Janganlah ia disalah guna
Kelak memakan dirimu jua
Hanya keutuhan iman
Yang dapat menahan
Segala ranjau ujian
Tiada ruang larangan
Dunia tanpa sempadan
Oh kebebasan apa saja
Hiburan dibuat multimedia
Mengabui mata manusia
Hidup ilusi khayalan minda
Adakah kau sudah bersedia
Kumpulkan semangat juangmu
Meruntuh segala kebathilan
Kita bina asas kekuatan
Menghadapi masa hadapan
“Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat , kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah: 153).
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, (iaitu) orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya.” (Al-Baqarah: 45-46).

MinNi...^_^
Monday, 26 March 2012
Terjumpa Masjid Sempurna
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
wbt
Malam yang
cukup panas dan rimas.. bukan panas cuaca, bukan juga panas suasana..akan
tetapi
Hati
yang tengah panas ini ku cuba
menghilangkannya dengan menulis. Semoga hati ini kembali sejuk dengan pujukan kalam
kekasihku yang sentiasa menjanjikan kebaikan atas setiap dugaan.
Oleh kerana
tiada mood untuk berbuat apa-apa, kini saya cuba pula untuk menulis dan
mengingati balik setiap perjalanan kelmarin mencari sesuatu tempat yang di
tuju.
Cerita nya
begini. Semalam saya di undang untuk menghadiri kenduri kawan di perak..
actually, saya pun tidak faham kenapa hati ini meronta-ronta untuk menghadirkan
diri di majlis itu, sampaikan sanggup saya pulang ke kampong semata-mata untuk
mengambil Nikon kesayangan. Padahal di
majlis itu saya bukanlah aktif “berphotographer” pun dan hanyalah melepaskan nik-kong tu pada tangan-tangan
lain.
Tetapi yang
menjadikan saya gumbira sangat sebab….
Alhamdulillah
saya rasa macam bertuah tersangat –sangat semalam kerana saya telah di takdirkan
dengan menaiki kereta abang. Bersama seorang kakak yang baru pulang dari mesir
dan seorang teman dari unisel.
Sepanjang
perjalanan dari tempat bermula perjalanan, kami di beri kesempatan waktu dalam
berbincang soal agama. Masalah ummat masa kini dan berbagai-bagai lagi yang
menjadi topic hangat seperti masalah haid wanita, hعkum hakam dalam rutin-rutin
seharian dan sewaktu dengannya. Kami berempat masing-masing mengeluarkan pendapat dan hujah-hujah dalam prinsip
masing-masing…Alhamdulillah! Rasa sangat bersyukur apabila terpilih duduk dalam
suasana jemaah begitu walaupun hanya sekejap dan walaupun bukan secara rasmi!
OH usrah!!
Betapa rindunya saya pada awak! Rindu sangat-sangat apabila berada dalam
kalangan orang-orang yang sentiasa mengingatkan diri ini pada kekasihku! Oh
semestinya saya menjadi perindu tegar pada apa yang mendekatkan diri saya pada
kekasihku yang kekal abadi. Sekarang saya mendapat sedikit kekuatan dan semangat yang di pinjamkan dek kekasihku
untuk terus bangkit dan berjuang mencari keredhaanNya. InshaALLAH doa kan saya
semoga terus istiqhamah dalam berjuang walaupun sibuk dengan tugasan-tugasan
keduniaan ini.
Sewaktu
ondway pulang selepas menghadiri majlis,
saya hanya bertiga dengan sebuah kereta sahaja memandangkan yang lain berhajat
untuk stay di sana satu hari. Walaupun masing-masing muka beriak keletihan,n kepenatan, tetapi Kami masih lagi bersemangat menyambung
perbincangan masalah-masalah agama. Alhamdulillah!! Rasa bersyukur sangat
sehingga tak tahu nak menzahirkan macam mana.huhu..sungguh! saya tersangat
rindu untuk berada dalam kelompok-kelompok yang sentiasa mengingatkan pada
kekasihku.
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".
H.R. Muslim
semoga saya juga menjadi pedagang yang di maksudkan Rasulullah.Ameen!
Waktu senja
terus berlabuh dan kami mula sibuk mencari masjid yang berdekatan. Apabila tiba di suatu masjid. Saya mula
memerhatikan sekeliling! Subhanallah!! Terpegun gile..( tapi tak gile
lagik..hehe) seingat saya sepanjang saya bermusafir, tidak pernah saya jumpa
masjid se bersih dan sekemas dan sesuci masjid itu. Seriesly! Rasa nak duduk
jer dalam umah Allah tu..tak nak balik dah! Tapi yela kan, siapalah saya ini
untuk berlama-lama dalam masjid sesuci itu dek kerana diri yang sentiasa kotor
dan noda dengan debu dosa yang bertimbung-timbung ni..uhuk3
Saya doakan
semoga Allah menempatkan mereka-mereka yang ikhlas menjaga masjid itu dalam
tempat yang teristimewa di akhirat kelak!! Amen ya RABB..
Kalau
korang tak percaya, korang boleh p tengok dengan mata kepala sendiri tau masjid
tu..betul-betul ni..tak tipu..ini series..nak mudah perjalanan mintak tolong wonderpat!
Masjid tu
kemas sangat dan di jaga dengan rapi.. setiap helaian telekung solat wanita di
sidai kemas, tandas bersih, selesa, takde sampah merata-rata dan sewaktu
dengannya lah. Dek kerana excited jumpa masjid tu, saya lupa pada kakak yang
menunggu agak lama juga di belakang menunggu untuk saya habiskan
taqarrub.huhu…sori to say kakak! Tak tersengaja menyusahkan kamu ;DD
Maka hari
ini jadi lah saya perindu tegar dan pengemis sejati pada tarbiyyah yang Allah
sentiasa kirim buat hambanya yang sentiasa memerlukan ini. Semoga kamu-kamu
semua sudi mendoakan juga buat diri ini yang miskin lagi hina ini sentiasa kuat
dan bermujahadah dalam langkah berjuang mencari redha illahi yer! Dan moga
Allah menjaga iman kamu juga.semoga kita bertemu sebagai saudara yang berjuang
menegakkan adden-Nya di akhirat kelak. Amenn ya Rabb! (macam banyak laa pulak
“semoga-semoga”..haha)
MiNnI...^_^
Friday, 16 March 2012
Dua Rabi'ah Satu Kekasih~
بسم الله الحمن الرحيم
Pernah dulu saya menjadikan Rabi'atul Adawiyah (wali Allah) sebagai idola yang merangsangkan diri saya dengan mengambil iktibar dari ujian-ujian yang telah di anugerahkan pada wali Allah tersebut. Kerana terlalu minat dalam mencungkil kisah-kisah para sahabat Nabi dan wali Allah yang di muliakan itu, dalam kesamaran sedar atau tidak saya telah di uji dengan kehadiran seorang teman ajnabi yang sentiasa menemani di kala suka dan duka.
Dalam sesi taaruf dengan ajnabi itu, pernah ketika dahulu saya meluahkan apa yang terdetik dalam fikiran di saat itu.
"Awak! saya kagum sangat dengan Wali Allah yang bernama Rabi'atul Adawiyyah!"
Dan saya mula meluahkan angan-angan saya padanya.
"Alangkah indahnya kalau saya boleh ikut jejak Wali Allah yang mulia itu! menjadikan Allah tempat pertama tanpa memberi peluang pada anasir-anasir keduniaan"
Maka balas ajnabi tersebut
"hahahaha! kamu jangan beranganlah! tengok diri kamu tue siapa..wali Allah itu siapa"
Sejak dari itu saya mula menyimpan rahsia hati sendiri tanpa berkongsi dengan sesiapa pun yang takkan memahami apa yang saya mahu mengejar.Dek kerana saya hanyut dengan arus kehidupan saya terlupa sesuatu. Saya hanya menyimpan dalam hati tetapi tiada sebarang tindakan dengan fikiran, lama-lama saya di hanyut dengan keduniaan tanpa sedar saya sudah berada di tepian arus sungai yang sentiasa mengalir itu.
Satu kekasih.
Waktu demi waktu terus berputar dengan indahnya membawa saya ralit dengan kehidupan yang sementara ini. Bak kata orang 'bercinta atas nama islamik' tu tuu... walaupun kami tidak bersayang-sayang, berabang-abang, tetapi antara sedar atau tidak kita telah terjerumus dalam penzinaan telinga, lidah, tangan, dan yang paling jelas sekali adalah HATI. maka dalam kesamaran sedar. saya telah hipokrik dengan diri sendiri. saya cuba menidakkan apa yang kenyataan yang sedang berlaku.
padahal sudah di sebut dalam al-Quran surah al-Isra' ayat 32 yang bermaksud:
Firman Allah:
Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.
Dengan bantuan teman yang sentiasa di sisi, Alhamdulillah! kini saya mendapat kekuatan untuk cuba melepaskan anasir-anasir keduniaan yang bisa menjauhkan hati dengan Rabb ku. saya tinggalkan kamu kepada Dia yang lebih layak untuk memeliharamu dengan kasih sayang yang bersih dan suci.moga kamu sentiasa dalam Rahmat Allah!
Rabi'atul Adawiyah
Hebat bukan perancangan Allah! aku di temukan dengan 2 orang teman yang sentiasa mengingatkan aku tentang ikhtilat. dia itulah Rabi'atul Adawiyah yang mana nama itu telah ku abadikan sekian lama dalam diriku untuk di jadikan pedoman setiap detik atas ujian yang di berikan. Dan satu lagi Rabi'atul Adawiyah teman yang sentiasa mengingatkan aku tentang kehebatan Allah dan indahnya apabila merasai Kehambaan buat sang khaliq.
Walaupun Aku sudah di hanyutkan ke ketepian sungai yang mengalir arus deras, tetapi saat ini, saya merasakan Allah tidak pernah melupakan saya walaupun banyak kali sudah ku mencurangi-Nya!
Allah tetap mengirimkan 2 Rabi'atul Adawiyyah sebagai alat untuk ku kembali ke pangkal asal dan kembali menghayati kisah wali Allah itu.
Mungkin juga ada yang mengatakan aku gila! tetapi itulah hakikat yang sedang aku jalani dalam kesempitan ruangan dunia yang hampir tumbang ini. saya tidak memerlukan orang sekeliling untuk memahaminya, tetapi cukuplah untuk menghormati atas segala keputusan yang telah saya ambil.
Kepada awak yang pernah di gelar kekasih buat hatiku sewaktu dahulu, kini saya semakin sedar dan mengerti atas kata-kata yang telah awak campakkan pada saya. Saya memang tidak akan mendapat pangkat kemuliaan seperti wali Allah Rabi'atul Adawiyah, tapi saya cuba mencontohi beliau untuk diri saya yang dhaif ini. Dan biarlah hanya Dia yang Maha Mengetahui sejauh mana nawaitu atas angan-angan saya itu. Tiada yang lebih memahami melainkan kekasihku yang kekal yakni Al-Khaliq.
Wahai kakakku yang bernama Rabi'atul Adawiyyah mewakili kedua-duanya! ketahuilah oleh kamu kenapa saya teramat sayang akan kamu berdua sebagai teman! kerana kesucian nama kamu yang sentiasa mengetuk pintu hatiku yang keras bak batu ini. Dan juga di atas segala nasihat dan semangat yang telah kamu bekalkan buatku untuk dibawa bersama ketika aku dalam musafir mencari Cinta yang abadi. semoga kamu berdua dan keluarga kamu di limpah berkat oleh yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang dan menjadi penghuni rumah syurga di akhirat kelak!
Walaupun perkenalan kita hanya sekadar di muka buku, saya harap ukhwah kita akan sentiasa di bawah Redha Illahi dan akan berkekalan hingga ke syurga kelak! semoga dengan izin Allah ikatan kasih sayang ini kerana tidak lain tidak bukan hanya kerana Allah!Amenn Ya Rabb!!

Friday, 2 March 2012
من انا = siapakah saya
بسم الله الرحمن الرحيم
jom hayati makna di sebalik nasyid nih..saya dari kecik lagi duk dengar lagu nih..tapi baru hari ini saya menghayatinya..betapa lemahnya saya..banyak menda yang terlepas pandang..huhu..
Ana in saaltal-qouma 'anni man ana
jika ditanya aku tentang siapakah aku,
Ana mu`minun sa a'isyu dauman mu`mina
akulah mukmin yang akan hidup sebagai mukmin.
Falya'lamil-jami'u 'anni ha huna
maka ketahuilah semua orang aku di sini,
Lan anhani lan antani lan arkana
tidak akan terhina atau terpesong maupun cenderung
Inni ra`aitullaha fi akwanihi
sesungguhnya Aku melihat Allah dalam ciptaanNya,
Wa sami'tul shautul-haqqi fi qur`anihi
dan aku dengar suara kebenaran dalam QuranNya.
Wa lamastu hikmatahu wa faidha hana`ihi
dan aku sentuh hikmahNya dan belai kasihNya.
Fi siratil-mukhtari fi imanihi
dalam sirah mereka yang terpilih imannya,
Ana mus-hafun yamsyi wa islamun yura
Akulah Mushaf yang berjalan dan Islam diperlihatkan,
Ana nafhatul-ulwiyyatun fauqats-tsara
akulah angin meniup tinggi atas setiap pelayar,
Al-kaunu li wa li khidmati qad sukhira
alam ini bagiku dan bagiku khidmat yang telah dimudahkan,
Wa li man ana, ana lilladzi khalaqal-wara
dan untuk apa aku, aku untuk yang menciptakan semuanya,
Ana kaukabun yahdil qawafila fits-tsara
Akulah bintang yang menunjuk qafilah dalam perjalanan,
Wa ana syihabun idza ra`aitul munkarat
dan akulah kejora jika kulihat kemungkaran2,
Ma li siwa nafsun ta'uddu 'alasy-syira
tiada bagiku selain jiwa yang menentang kejahatan,
Qad bi'tuha lillahi wallahusytara
telah aku jualkannya pada Allah dan Allah membelinya.

Wednesday, 29 February 2012
Wahai Hati Segala Raja~
بسم الله الرحمن الرحيم
WAhai Hati Segala Raja..
Mengapakah Engkau Gelisah..
Tatkala Impianmu Termakbul
Wahai Hati Segala Raja..
Mengapakah Tatkala Ini
Engkau Seperti Berada Di Awang-Awangan
Wahai Hati Segala Raja..
Kenapakah Tika Ini Engkau Bergoncang Hebat
Ibarat Pedang Yang Menghiris Segala Jantungku
Wahai Hati Segala Raja..
Ku Pohon Padamu Dan Tuhanmu
Tunjukkan Ku Sesuatu Yang Boleh Menggembirakanku
Wahai Hati Segala Raja..
Mengapakah Engkau Sentiasa Menangis Tatkala Berasa Lemah
Tetapi Kenapa Tidak Melegakan Diriku Dengan Mengalirkan Air Mata
Wahai Hati Segala Raja..
Tinggal Saja Lagi 3 Hari Untuk Kamu Berada Di Sini
Kenapa Tatkala Ini Engkau Mahu Menyendiri Membawa Diri..
Wahai Hati Segala Raja..
Mungkinkah Dirimu Terlalu Banyak Noda Hitam
Yang Belum Di Bersihkan Dengan Sabun Daia
Dush! dush! dush!
Pergilah Engkau Wahai Hati Yang Gelisah Dan Kemurungan
Yang Terselindung Di Sebalik Diri Yang Tenang
Usah Engkau Berpura-pura Lagi..
Sesungguhnya Aku Terlalu Letih Untuk Menanggung Lagi..
Syuhh..syuuhh..syuuhh..!!

Subscribe to:
Posts (Atom)