autum in my heart


رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّك أَنتَ الْوَهَّابُ۝

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya.” (Aali ‘Imraan: 8)

Photobucket

helwa telinga~

my صحابة :)

Saturday 28 January 2012

بسم الله الرحمن الرحيم 



Salam Mahabbah untuk semua teman-teman..yuk kita luangkan sedikit masa untuk mendengar UAI dalam bab "membaca Al-fatihah ketika dalam solat".. moga sentiasa dalam redha Allah..Ameen.

Saturday 21 January 2012

Ku mencari-Mu ya RABB~

بسم الله الرحمن الرحيم

Menjalani hitam putih hidupku
Membuatku mengerti.
Erti hadir-Mu.
Dalam setiap langkah ku bererti.

Melewati setiap detik.
Waktuku bersama takdirmu.
Membuatku mengerti.
Hanyalah pada-Mu ku kembali.

Ku bersujud kepadamu.
Memohon ampunanmu.
Adakah jalan untukku
Untuk kembali pada-Mu.

Akulah para pencari-Mu ya Allah.
Akulah yang merindukan-Mu ya Robbi.

Tunjukkan ku jalan yang lurus.
Untukku tapakkan langkahku.
Hanya di tanganmu ya Allah.
Tempatku pasrahkan hidupku.

Sesungguhnya solatku ibadahku matiku dan hidupku hanya padamu ya Rabb.
Amin.


MiNnI...^_^

Sifat terpuji yang ada pada Anjing ?? jOm kita Berfikir..:))


بسم الله الرحمن الرحيم

Setiap yang dicipta Allah itu pasti ada fungsinya, pasti ada kebaikannya. Hikmah kejadian selalunya terletak pada 'buruknya' pandangan manusia terhadap sesuatu perkara. Semoga kita dari golongan yang selalu bersangka baik dengan Allah, kerana ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Baik sebenarnya! :)

*Sedikit info tentang kebaikan anjing yang sering dikutuk-kutuk dan dibenci. :)

Hassan Al-Basri r.a mengatakan bahwa pada anjing ada sifat mulia yang perlu diteladani oleh setiap orang mukmin.

Pertama : Anjing itu sentiasa lapar,dia jarang makan sampai kenyang.Sifat ini adalah sifat orang-orang soleh.

Kedua : Anjing tidak mempunyai tempat yang tetap.Dia selalu berpindah randah mengikut keperluannya. Sifat ini adalah sifat orang-orang yang bertawakkal kepada Allah.

Ketiga : Anjing tidak tidur pada waktu malam,melainkan sedikit sahaja.Dia selalu berjaga-jaga.Sifat ini sama seperti sifat orang-orang yang cintakanAllah, sentiasa renggang punggungnya dari tempat tidur kerana bermunajat kepada Allah.

Keempat : Jika anjing mati,dia tiada barang yang diwariskan dan tidak ada pula yang mewaris. Sifat ini adalah sifat hamba-hamba Allah yang zuhud.

Kelima : Anjing tidak suka meninggalkan tuannya, tidak merajuk atau melarikan dirinya daripada tuannya sekalipun dipukul dan dimarah. Sifat inilah tanda-tanda yang dimiliki oleh para murid yang siddiqin yang sedang belajar dengan Gurunya. Tidak marah dan tidak merajuk walaupun dia diuji dengan berbagai-bagai ujian.

Keenam : Dia lebih redha dan lebih suka bertempat di tanah,tidur di tanah atau tempat-tempat yang lebih rendah daripada tempat manusia. Ini adalah tanda-tanda orang yang tawadu’, orang-orang yang suka merendah diri dan tidak menyombong.

Ketujuh : Jika tempatnya diambil alih oleh orang lain atau ditempati oleh benda lain, dia pindah ke tempat lain tanpa merasa marah atau berdendam. Inilah tanda-tanda hamba Allah yang redha akan bahagiannya.

Kelapan : Jika ia dipukul,dihalau atau dibaling dengan benda-benda yang menyakitkan,dia menerimanya.Tidak ada perasaan dendam kesumat terhadap perkara-perkara yang lepas. Inilah tanda-tanda hamba Allah yang khusyuk.

Kesembilan : Jika anjing melihat orang makan,dia melihat saja dari jauh, tidak meminta-minta atau menganggu.Jika diberi makan atau tidak diberi,dia diam sahaja. Inilah sifat orang miskin yang redha akan pemberian Allah s.w.t.

Kesepuluh : Jika dia berjalan atau pergi dari tempat asalnya, tidak menoleh-noleh ke belakang. Inilah tanda-tanda orang yang susah.

Renung-renungkan dan semoga beroleh ilmu.. 


MiNnI...^_^

Thursday 5 January 2012

Cinta ILLAH e2 indah~

بسم الله الرحمن الرحيم


Pada suatu hari datang seorang pemuda bertemu Imam Syafie mengatakan bahawa dirinya telah jatuh cinta. Imam Syafie dengan tenang menasihati pemuda tersebut “Simpanlah cinta itu dihatimu sehingga Allah menganugerahkanmu jalan untuk engkau alirkan cintamu.”

Bertitik tolak dari nasihat Imam Syafie, maka ku ukir kata sebagai pedoman buat diri…

Cinta itu…
Cinta itu fitrah,
Cinta itu anugerah,
Andai mencintai kerana Allah.
Cinta itu fitrah,

Namun anugerah boleh jadi fitnah,
Andai tidak memiliki fikrah.
Berawaslah! Bisikan syaitan itu, diikuti mudah,
Supaya tunduk pada nafsu serakah,
Jangan sampai kita kalah,
Hingga segalanya kita serah,

Akhirnya kesal kerana punah.
Justeru, maruahmu peliharakan,
Nuranimu sucikan,

Agar iman yang engkau tanamkan,
Pohon taqwa yang engkau bajakan,
Tidak rosak dimakan syaitan.

Sedarilah! Hatimu jua hatinya,
Dua-dua adalah miliknya,
Yakinlah dengan taqdirnya,
Apa yang tertulis di sana,
Pasti di sini akan terlaksana.

KeTika itu,

Apabila telah bersatu,
Cintanya dan cintamu,
Baru kau tahu,
Tanpa sedikit ragu,
Betapa cinta yang kau pelihara dulu,
Tidak pernah sia-sia begitu,
Apabila telah mendapat restu,
Restu dari Yang Maha Tahu.

Dengan restu itu,
Nikmatilah anugerah Tuhanmu,
Yang telah dipilihNya khusus buatmu,
Ingatlah, dia bukan pilihanmu,
Bukan juga pilihan keluargamu,
Dia adalah pilihan Allah buat mu,
Buatmu yang mengekang nafsumu kerana Tuhanmu.

(kopipes)




MiNnI...^_^