autum in my heart


رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّك أَنتَ الْوَهَّابُ۝

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya.” (Aali ‘Imraan: 8)

Photobucket

helwa telinga~

my صحابة :)

Wednesday 20 May 2015

Sakitnya kerana Penyakit Orang Lain.

Bismillahirrahmanirrahim.

Agak lama blog tak berukir, agak lama juga tangan mengeras tanpa menulis.

Aku nak share.. 

Pernah merasa Sakitnya Kerana Penyakit orang lain?
Aikk. macam peliknya bunyi. walhal Hakikatnya itulah yang berlaku pada diriku.
Alhamdulillah. dah hampir seminggu makan tidak berselera, badan panas sangat (hakikat duk dalam icon still bernafas rasa macam keluar asap panas) tidur tak lena dan macam2 lagi petandanya.

Untuk Pengetahuan, Penyakit aku memang pelik, akan muncul simptom-simptom di atas apabila hati tengah gelisah, rasa ada buat salah dengan manusia mahupun dengan Allah lagi-lagi lah kan. ini semua berlaku sejak seminggu yang lalu apabila aku mendapat tahu satu kebenaran yang sangat perit untuk di telan. Allah-lah yang Maha MengetahuiNya apa yang terbaik buat hambanya.

Aku rasa aku perlu jumpa Kaunseling yang boleh di buat kritikan untuk aku kembali bangun meneruskan kehidupan reality. ada sesape tahu kat mana boleh cari ? 

Doakan semoga hamba Allah ini kuat menghadapi liku-liku kehidupan yang penuh duri. Sedang mereka ada lagi yang lebih teruji dengan kehidupannya.

MiNnI.

Wednesday 23 April 2014

Syair membuatkan Imam Ahmad bin Hambal menangis

jika tuhanku bertanya kepadaku
tidak malukah kau bermaksiat kepada Ku?
kau sembunyikan dosamu dari makhluk-Ku
dan datang pada Ku dengan penuh dosa.
bagaimana aku nak jawab duhai diriku yang malang?
dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku?
aku terus menyogok jiwaku dengan impian
dan harapan dari semasa ke semasa
dan aku melupakan apa yang bakal di hadapi selepas mati
dan apa yang akan berlaku selepas aku dikafankan
seolah-olah aku ini teah dijamin untuk hidup selamanya
seakan mati tidak akan menemuiku
dan telah datang padaku sakaratul maut yang ngeri
nah! siapa sekarang yang mampu melindungiku?
aku melihat pada wajah-wajah
apakah ada daripada mereka yang akan menebusku?
akan ku di soal apa yang telah aku lakukan di dunia untuk menyelamatkan diri ini?
maka bagaimana akan ku jawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku?
celakanya aku!
apakah aku tak mendengar ayat-ayat Allah yang menyeruku?
adakah aku tak dengar apa yang telah diberitakan didalam surah Qaaf dan yasin?
adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia,
hari perhimpunan dan hari ad-deen (Al-qiyamah)
adakah aku tak dengar panggilan ajal maut,
menyeru & menjemutku?
maka ya rabb! seorang hamba datang bertaubat, siapa yang dapat melindunginya?
melainkan tuhan yang maha luas pengampunan Nya & yg membimbingku pada kebenaran.
aku telah datang padaMu maka kasihanilah daku
dan beratkan timbangan (kebaikan) ku.
dan ringankan (percepatkan) hisabku kerana
engkaulah yang terbaik dalam penghisaban.

Tuesday 28 January 2014

menulis, menulis, jom! menulis.

Untuk menjadi seorang penulis maka aku dilatihkan untuk menulis, menulis dan terus menulis. 
tulis apa? tulis saja apa-apa yang boleh ditulis sehingga boleh menulis !

hoho. bukan senang untuk menulis sebenarnya jika fizikal dan mental tiada dalam kesedaran dalam pembacaan dan penulisan. 

Maka bermulalah kisah aku yang bercita-cita menjadi seorang penulis ! saban hari kenalah menulis setiap hari sekurang-kurangnya untuk 1 page. nak tulis apa? tulis aja apa-apa yang ingin di tulis. (katanya cikgu penulisanku)

uhuks !! sadis bukan bagi aku yang tak reti menulis ? kosong.

Tapi tak bermakna aku tak akan pandai selamanya jika aku berusaha untuk menulis. melatih diri dengan menulis dan terus menulis. kan kan kan?

haa ada idea nak tulis apa! jom kita menulis untuk menghasilkan penulisan seorang penulis.
wakakaka~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

story nya,
jeng jeng jeng~

Semalam bila aku godek-godek pesbuk tengok anak-anak murid tadika sahabat (Al-Jannah montessori), teringat pulak aku kat anak-anak murid aku masa tuision kat Kolumpor dulu. sementara sambung belajar kan, maka terpilih lah aku untuk menjadi seorang guru kepada beberapa orang murid termasuk la murid seorang ni ! murid istimewa.

China Muslim.
iaitu Muallaf baru berhijrah setelah ibunya memeluk islam. baru berumur 11 tahun.

Bila tahu kan, rasa teruja sangat masa tu untuk lebih mendekati budak ni. tapi bila makin mendampingi dirinya, rasa macam rendah pulak diri ini walaupun hakikatnya aku ini takdelah rendah sangat. bak kata orang hulu tinggi laa juga seposen! haha.

rendah diri kat sini bermaksud tak layak! u know tak layak! 
sebabnya, aku rasa aku masih lagi banyak kekurangan sebagai seorang muslim yang dari kecik anuti islam.
Allahh !!
budak ni betul-betul membuatkan aku rasa nak larikkkk jer menyorok bawah kerusi.

namanya Daniel.
Anak sulong, dan sangat caring dengan adik-adiknya.
budaknya baik sangat.

Dia mintak aku ajarkannya untuk bersolat.
Alhamdulillah dalam masa beberapa hari dia dapat kuasai bacaan-bacaan dalam solat.
Aku sendiri malu dengan dia, yela mana taknya, dah sebagai seorang islam, kadang nak solat pon malas. huhuuhu~

Dia orang susah, selalunya pergi sekolah tak cukup duit.
tang ni aku tak ley tahan.
selalunya balik sekolah sementara tunggu tuision dia akan duduk dekat lapangan tadika sebagai tempat transit ke tuision. dia akan tengok je kawan-kawan lain pergi kedai beli air, aiskrim dan sewaktu dengannya lah.
Biasanya waktu ini lah aku mengambil masa untuk mendekati dirinya. Apabila dihulurkan wang untuk belanja dia akan keriangan dan tak lekang dari bibirinya berkata, 'terima kasih cikgu' dan takkan lupa menanyakan aku 'cikgu nak kirim pape tak?' lalu dia akan berlari-lari anak menuju ke kedai. Aku tahu jika tunggu untuk dia meminta takkan dia akan meminta pada siapa-siapa melainkan jika orang beri. Kamu tahu Daniel ? saat itulah cikgu rasa paling bahagia dalam mencipta memori bersama kamu. 

dan dipetang hari kalau abis je kelas tuision dia akan tunggu aku untuk ajarkan dia mengaji. rasa macam sampai sekarang terngiang-ngiang lagi di telinga ini rengekan dia, "cikgu, ajarlah saya mengaji, boleh laa cikgu! boley ya?"

Sungguh! dari budak ini lah aku belajar bertekad. belajar erti sebuah kehidupan dan islam.
Secara tepatnya Allah mentakdirkan aku untuk berjumpa dengan budak ini penuh dengan hikmah,
Allah ingin untuk aku menjadi seorang hamba yang benar-benar menjadi hamba kepada Rabb-Nya.

Subhanallah!! 
maka sampai lah sekarang tekad itu aku masih berpegang, aku tak kan berputus asa walau keperitan seperit mana pon ia bertandang. selagi aku di kurniakan badan dan roh, aku akan bantu islam. 

"Daniel, cikgu harap kamu disana boleh membesar dalam keadaan islam dengan baik, jadi anak soleh yang sentiasa mendoakan dan membimbing ibumu ya. jadi seorang islam yang bersungguh-sungguh mendalami agama yang dianuti dan sentiasa lah dekatkan diri dengan Allah. walaupun dah 2 tahun cikgu hilang khabar berita tentangmu, cikgu berharap akan ada suatu hari nanti dimana hari pertemuan diantara kita. andaikan tidak di dunia, biarlah di singgahsana 'sana'. doakan cikgu juga ya! miss u so much wahai adikku pejuang islam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

itu sajalah secebis kisah untuk ku menulis bagi melatih diri untuk terus menjadi seorang penulis.
haha~
wassalam.

MiNnI ^_^

Thursday 14 November 2013

Perjuangan Vs Burger.

Bismillah.......

Perjuangan itu ibarat sebiji Burger yang lazat Di makan.

Demi sebiji Burger yang enak rasanya, lazat sehingga menjilat jari, sanggup kita bersusah payah makan walaupun kita sedang sakit ulser bawah lidah.

siapa yang pernah rasa dia akan tahu.

sakit dan perit untuk menelan air liur. right ? 

hah begitu lah ibaratnya Sebuah Perjuangan. 

jika kita ingin menikmati Syurga yang terlalu manis itu kita sanggup menempuh ujian yang datang dalam perjalanan untuk menggapainya. Sanggup kita sakit  berjerit payah dan sangat perit untuk mendapatkannya. sepertimana kita berusaha untuk mencuba menelan sebiji burger walau dengan seribu kepayahan. right? 

Tekadang dalam perjalanan yang sangat melelahkan ini kita termengeluh, 

Maka Allah Berkata: 
Aku tidak membebani seseorang, melainkan sesuai dengan kemampuannya.
(2:286)

Dan ketika Tuhan mengambil sesuatu yang membahagiakn kita pada hari ini kita rasa sedih dan kecewa, bukan sebab Dia benci, tapi sebab Dia nak tunjuk kebahagiaan esok hari, adalah lebih baik dan indah.


ingatlah bahawa, Allah tiupkan kekuatan melalui ujian-ujian yang datang. Allah tangguhkan sesuatu untuk mendidik kesabaran. Allah ambil sesuatu untuk mendidik erti redha. sampai masanya Allah akan memberi sesuatu ganjaran. tekadang tidak disangka-sangka dek kita manusia. maka bersyukurlah dengan setiap pemberian dan ujian dari Allah untuk kita.

"Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah pun. Nescaya ia akan melihat balasannya. 
(99:7)

Friday 13 September 2013

Disebalik tersirat ada tersurat~

بسم الله الرحمن الرحيم

Mari Berfikir.

Situasi satu : Muhammad telah berjaya merempit motosikalnya ke kelas dengan membawa 110km sejam.

Situasi kedua: Seorang pakcik telah mengalami kemalangan jalan raya dengan hanya membawa motosikalnya dengan kelajuan 10km ketika hujan lebat.

Aikk ?? mari berfikir dengan ilmu, jangan berfikir dengan nafsu. Kenapa pula ya pakcik yang membawa hanya 10km mengalami kemalangan tetapi Muhammad yang membawa motosikal dengan kelajuan 110km tidak mengalami apa-apa kemalangan?

Mari kita lihat kepada Firman Allah surah Yasin ayat 82,


إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئاً أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُون۝ُ

"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi."

Nah! itulah jawapanNya, jika Allah menghendaki sesuatu, dengan hanya Allah menyebut jadilah Engkau, maka jadi ia. Jika kita beriman dengan rukun iman yang ke 6 iaitu Qadak dan Qadar maka kita akan menerima ujian dari Allah dengan senang hati dan redha dengan apa yang di beri kerana kita sedar kita hanya hanyalah layak bergelar hamba yang memerlukan pergantungan sepenuh jiwa raga hanyalah dengan Allah Taala yang Maha Memberi.

Kadangkala Allah datangkan Ujian kepada hambanya kerana ingin mengajar sesuatu yang tersirat kepada hambanya. Maka rajin-rajinkanlah mencari hikmah disebalik apa yang berlaku.

Syukurilah segala nikmat yang diberi. ^_~

Peace =))

MinNi yang sedang berusaha ^_^

Thursday 18 July 2013

Secebis Luahan

Biasanya bila dalam keadaan di uji, aku sentiasa berada dalam keadaan tafaqur mencari diri sendiri. mengoreksi diri mencari dimana silapnya dan dimana haluan nya untuk menuju kearah keredhaan.

Tetapi hari ini, saat aku di uji, hati ku begitu beria-ria dan tanganku begitu ingin sekali menari mencari sesuatu disebalik penulisan. 

Tersangat hiba hati ini di malam hari yang penuh keredupan. Terkilan dengan perangai sesetengah insan yang disayang. bukan untuk cuba meletakkan diri dalam keadaan faham. Allahu! bagaimana ingin aku jelaskan.

Teringin sekali ku melihat pelangi itu sentiasa mekar di langit nan kecantikan, bahkan ku ikrar menjanjikan akan menerima segala cacat cela warna warni yang bercampuran. tetapi ternyata diri ini tewas dengan warna yang penuh campuran putih hitam kuning ke oren nan.

bagaimana ingin aku jelaskan, dengan rahsia yang penuh berseliratan, hanya mampu memecahkan kebuntuan disebalik penulisan. 

ingin sekali ku curahkan bagaimana indah lukisan rahsia alam, membuatkan aku berhenti melangkah diatas kekaguman yang di cipta Tuhan. 

ya Tuhan! Engkau menjadi saksi di atas setiap pengaduan dan curahan yang dinukilkan.

Sunday 12 May 2013

My Zamily Daiman~

Jalan-jalan sambil mengeratkan silaturrahim, 
Sayang korang daiman laa bebeh! :)