autum in my heart

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّك أَنتَ الْوَهَّابُ۝

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya.” (Aali ‘Imraan: 8)

helwa telinga~

my صحابة :)

Friday, 13 September 2013

Disebalik tersirat ada tersurat~

بسم الله الرحمن الرحيم

Mari Berfikir.

Situasi satu : Muhammad telah berjaya merempit motosikalnya ke kelas dengan membawa 110km sejam.

Situasi kedua: Seorang pakcik telah mengalami kemalangan jalan raya dengan hanya membawa motosikalnya dengan kelajuan 10km ketika hujan lebat.

Aikk ?? mari berfikir dengan ilmu, jangan berfikir dengan nafsu. Kenapa pula ya pakcik yang membawa hanya 10km mengalami kemalangan tetapi Muhammad yang membawa motosikal dengan kelajuan 110km tidak mengalami apa-apa kemalangan?

Mari kita lihat kepada Firman Allah surah Yasin ayat 82,


إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئاً أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُون۝ُ

"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi."

Nah! itulah jawapanNya, jika Allah menghendaki sesuatu, dengan hanya Allah menyebut jadilah Engkau, maka jadi ia. Jika kita beriman dengan rukun iman yang ke 6 iaitu Qadak dan Qadar maka kita akan menerima ujian dari Allah dengan senang hati dan redha dengan apa yang di beri kerana kita sedar kita hanya hanyalah layak bergelar hamba yang memerlukan pergantungan sepenuh jiwa raga hanyalah dengan Allah Taala yang Maha Memberi.

Kadangkala Allah datangkan Ujian kepada hambanya kerana ingin mengajar sesuatu yang tersirat kepada hambanya. Maka rajin-rajinkanlah mencari hikmah disebalik apa yang berlaku.

Syukurilah segala nikmat yang diberi. ^_~

Peace =))

MinNi yang sedang berusaha ^_^

No comments:

Post a Comment