autum in my heart


رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّك أَنتَ الْوَهَّابُ۝

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya.” (Aali ‘Imraan: 8)

Photobucket

helwa telinga~

my صحابة :)

Friday 16 March 2012

Dua Rabi'ah Satu Kekasih~

بسم الله الحمن الرحيم


Pernah dulu saya menjadikan Rabi'atul Adawiyah (wali Allah) sebagai idola yang merangsangkan diri saya dengan mengambil iktibar dari ujian-ujian yang telah di anugerahkan pada wali Allah tersebut. Kerana terlalu minat dalam mencungkil kisah-kisah para sahabat Nabi dan wali Allah yang di muliakan itu, dalam kesamaran sedar atau tidak saya telah di uji dengan kehadiran seorang teman ajnabi yang sentiasa menemani di kala suka dan duka.

Dalam sesi taaruf dengan ajnabi itu, pernah  ketika dahulu saya meluahkan apa yang terdetik dalam fikiran di saat itu.

     "Awak! saya kagum sangat dengan Wali Allah yang bernama Rabi'atul Adawiyyah!"

Dan saya mula meluahkan angan-angan saya padanya.

     "Alangkah indahnya kalau saya boleh ikut jejak Wali Allah yang mulia itu! menjadikan Allah tempat pertama tanpa memberi peluang pada anasir-anasir keduniaan"

Maka balas ajnabi tersebut

     "hahahaha! kamu jangan beranganlah! tengok diri kamu tue siapa..wali Allah itu siapa"

Sejak dari itu saya mula menyimpan rahsia hati sendiri tanpa berkongsi dengan sesiapa pun yang takkan memahami apa yang saya mahu mengejar.Dek kerana saya hanyut dengan arus kehidupan saya terlupa sesuatu. Saya hanya menyimpan dalam hati tetapi tiada sebarang tindakan dengan fikiran, lama-lama saya di hanyut dengan keduniaan tanpa sedar saya sudah berada di tepian arus sungai yang sentiasa mengalir itu.

Satu kekasih.
Waktu demi waktu terus berputar dengan indahnya membawa saya ralit dengan kehidupan yang sementara ini. Bak kata orang 'bercinta atas nama islamik' tu tuu... walaupun kami tidak bersayang-sayang, berabang-abang, tetapi antara sedar atau tidak kita telah terjerumus dalam penzinaan telinga, lidah, tangan, dan yang paling jelas sekali adalah HATI. maka dalam kesamaran sedar. saya telah hipokrik dengan diri sendiri. saya cuba menidakkan apa yang kenyataan yang sedang berlaku. 


padahal sudah di sebut dalam al-Quran surah al-Isra' ayat 32 yang bermaksud:

Firman Allah:
Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat. 



Dengan bantuan teman yang sentiasa di sisi, Alhamdulillah! kini saya mendapat kekuatan untuk cuba melepaskan anasir-anasir keduniaan yang bisa menjauhkan hati dengan Rabb ku. saya tinggalkan kamu kepada Dia yang lebih layak untuk memeliharamu dengan kasih sayang yang bersih dan suci.moga kamu sentiasa dalam Rahmat Allah! 

Rabi'atul Adawiyah
Hebat bukan perancangan Allah! aku di temukan dengan 2 orang teman yang sentiasa mengingatkan aku tentang ikhtilat. dia itulah Rabi'atul Adawiyah yang mana nama itu telah ku abadikan sekian lama dalam diriku untuk di jadikan pedoman setiap detik atas ujian yang di berikan. Dan satu lagi Rabi'atul Adawiyah teman yang sentiasa mengingatkan aku tentang kehebatan Allah dan indahnya apabila merasai Kehambaan buat sang khaliq.

Walaupun Aku sudah di hanyutkan ke ketepian sungai yang mengalir arus deras, tetapi saat ini, saya merasakan Allah tidak pernah melupakan saya walaupun banyak kali sudah ku mencurangi-Nya!
Allah tetap mengirimkan 2 Rabi'atul Adawiyyah sebagai alat untuk ku kembali ke pangkal asal dan kembali menghayati kisah wali Allah itu. 


Mungkin juga ada yang mengatakan aku gila! tetapi itulah hakikat yang sedang aku jalani dalam kesempitan ruangan dunia yang hampir tumbang ini. saya tidak memerlukan orang sekeliling untuk memahaminya, tetapi cukuplah untuk menghormati atas segala keputusan yang telah saya ambil. 

Kepada awak yang pernah di gelar kekasih buat hatiku sewaktu dahulu, kini saya semakin sedar dan mengerti atas kata-kata yang telah awak campakkan pada saya. Saya memang tidak akan mendapat pangkat kemuliaan seperti wali Allah Rabi'atul Adawiyah, tapi saya cuba mencontohi beliau untuk diri saya yang dhaif ini. Dan biarlah hanya Dia yang Maha Mengetahui sejauh mana nawaitu atas angan-angan saya itu. Tiada yang lebih memahami melainkan kekasihku yang kekal yakni Al-Khaliq.

Wahai kakakku yang bernama Rabi'atul Adawiyyah mewakili kedua-duanya! ketahuilah oleh kamu kenapa saya teramat sayang akan kamu berdua sebagai teman! kerana kesucian nama kamu yang sentiasa mengetuk pintu hatiku yang keras bak batu ini. Dan juga di atas segala nasihat dan semangat yang telah kamu bekalkan buatku untuk dibawa bersama ketika aku dalam musafir mencari Cinta yang abadi. semoga kamu berdua dan keluarga kamu di limpah berkat oleh yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang dan menjadi penghuni rumah syurga di akhirat kelak!


Walaupun perkenalan kita hanya sekadar di muka buku, saya harap ukhwah kita akan sentiasa di bawah Redha Illahi dan akan berkekalan hingga ke syurga kelak! semoga dengan izin Allah ikatan kasih sayang ini kerana tidak lain tidak bukan hanya kerana Allah!Amenn Ya Rabb!!





MiNnI...^_^

2 comments:

  1. assalamu'alaikum pejah..

    haih. tertanya2 akak, awak ni kat mana la skrg ye? awat la takmo cerita.. isk isk..

    apepun, semoga berjaya dalam apa jua yang awak buat. moga Allah bantu dan moga Allah redha. amin. jangan lupa doakan akak!

    ReplyDelete
  2. salam mawaddah...

    waduh.... tetiba ku terasa terharu nyaa....

    apa2pun... apa yang penting ' beramal umpama mati esok hari, menuntut ilmu umpama hidup seribu tahun....

    permisi dlu... =)

    ReplyDelete