autum in my heart


رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّك أَنتَ الْوَهَّابُ۝

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya.” (Aali ‘Imraan: 8)

Photobucket

helwa telinga~

my صحابة :)

Monday 26 March 2012

Terjumpa Masjid Sempurna


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt

Malam yang cukup panas dan rimas.. bukan panas cuaca, bukan juga panas suasana..akan tetapi
Hati yang  tengah panas ini ku cuba menghilangkannya dengan menulis. Semoga hati ini kembali sejuk dengan pujukan kalam kekasihku yang sentiasa menjanjikan kebaikan atas setiap dugaan.

Oleh kerana tiada mood untuk berbuat apa-apa, kini saya cuba pula untuk menulis dan mengingati balik setiap perjalanan kelmarin mencari sesuatu tempat yang di tuju.

Cerita nya begini. Semalam saya di undang untuk menghadiri kenduri kawan di perak.. actually, saya pun tidak faham kenapa hati ini meronta-ronta untuk menghadirkan diri di majlis itu, sampaikan sanggup saya pulang ke kampong semata-mata untuk mengambil  Nikon kesayangan. Padahal di majlis itu saya bukanlah  aktif  “berphotographer”  pun dan hanyalah melepaskan nik-kong tu pada tangan-tangan lain.

Tetapi yang menjadikan saya gumbira sangat sebab….

Alhamdulillah saya rasa macam bertuah tersangat –sangat semalam kerana saya telah di takdirkan dengan menaiki kereta abang. Bersama seorang kakak yang baru pulang dari mesir dan seorang teman dari unisel.
Sepanjang perjalanan dari tempat bermula perjalanan, kami di beri kesempatan waktu dalam berbincang soal agama. Masalah ummat masa kini dan berbagai-bagai lagi yang menjadi topic hangat seperti masalah haid wanita, hعkum hakam dalam rutin-rutin seharian dan sewaktu dengannya. Kami berempat masing-masing mengeluarkan  pendapat dan hujah-hujah dalam prinsip masing-masing…Alhamdulillah! Rasa sangat bersyukur apabila terpilih duduk dalam suasana jemaah begitu walaupun hanya sekejap dan walaupun bukan secara rasmi!

OH usrah!! Betapa rindunya saya pada awak! Rindu sangat-sangat apabila berada dalam kalangan orang-orang yang sentiasa mengingatkan diri ini pada kekasihku! Oh semestinya saya menjadi perindu tegar pada apa yang mendekatkan diri saya pada kekasihku yang kekal abadi. Sekarang saya mendapat sedikit kekuatan dan  semangat yang di pinjamkan dek kekasihku untuk terus bangkit dan berjuang mencari keredhaanNya. InshaALLAH doa kan saya semoga terus istiqhamah dalam berjuang walaupun sibuk dengan tugasan-tugasan keduniaan ini.

Sewaktu ondway  pulang selepas menghadiri majlis, saya hanya bertiga dengan sebuah kereta sahaja memandangkan yang lain berhajat untuk stay di sana satu hari. Walaupun masing-masing  muka beriak keletihan,n kepenatan, tetapi  Kami masih lagi bersemangat menyambung perbincangan masalah-masalah agama. Alhamdulillah!! Rasa bersyukur sangat sehingga tak tahu nak menzahirkan macam mana.huhu..sungguh! saya tersangat rindu untuk berada dalam kelompok-kelompok yang sentiasa mengingatkan pada kekasihku.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang­ orang yang asing".


H.R. Muslim


semoga saya juga menjadi pedagang yang di maksudkan Rasulullah.Ameen!

Waktu senja terus berlabuh dan kami mula sibuk mencari masjid yang berdekatan.  Apabila tiba di suatu masjid. Saya mula memerhatikan sekeliling! Subhanallah!! Terpegun gile..( tapi tak gile lagik..hehe) seingat saya sepanjang saya bermusafir, tidak pernah saya jumpa masjid se bersih dan sekemas dan sesuci masjid itu. Seriesly! Rasa nak duduk jer dalam umah Allah tu..tak nak balik dah! Tapi yela kan, siapalah saya ini untuk berlama-lama dalam masjid sesuci itu dek kerana diri yang sentiasa kotor dan noda dengan debu dosa yang bertimbung-timbung ni..uhuk3

Saya doakan semoga Allah menempatkan mereka-mereka yang ikhlas menjaga masjid itu dalam tempat yang teristimewa di akhirat kelak!! Amen ya RABB..

Kalau korang tak percaya, korang boleh p tengok dengan mata kepala sendiri tau masjid tu..betul-betul ni..tak tipu..ini series..nak mudah perjalanan mintak tolong wonderpat!

Masjid tu kemas sangat dan di jaga dengan rapi.. setiap helaian telekung solat wanita di sidai kemas, tandas bersih, selesa, takde sampah merata-rata dan sewaktu dengannya lah. Dek kerana excited jumpa masjid tu, saya lupa pada kakak yang menunggu agak lama juga di belakang menunggu untuk saya habiskan taqarrub.huhu…sori to say kakak! Tak tersengaja menyusahkan kamu  ;DD

Maka hari ini jadi lah saya perindu tegar dan pengemis sejati pada tarbiyyah yang Allah sentiasa kirim buat hambanya yang sentiasa memerlukan ini. Semoga kamu-kamu semua sudi mendoakan juga buat diri ini yang miskin lagi hina ini sentiasa kuat dan bermujahadah dalam langkah berjuang mencari redha illahi yer! Dan moga Allah menjaga iman kamu juga.semoga kita bertemu sebagai saudara yang berjuang menegakkan adden-Nya di akhirat kelak. Amenn ya Rabb! (macam banyak laa pulak “semoga-semoga”..haha)

MiNnI...^_^

No comments:

Post a Comment