Alaf baru di hadapan
Penuh seribu cabaran
Rintangan pancaroba
Menguji ketabahan
Perjuangan kebenaran
Haruslah diteruskan
Segunung harapan
Generasi masa depan
Informasi teknologi sedunia
Faedah kepada semua
Janganlah ia disalah guna
Kelak memakan dirimu jua
Hanya keutuhan iman
Yang dapat menahan
Segala ranjau ujian
Tiada ruang larangan
Dunia tanpa sempadan
Oh kebebasan apa saja
Hiburan dibuat multimedia
Mengabui mata manusia
Hidup ilusi khayalan minda
Adakah kau sudah bersedia
Kumpulkan semangat juangmu
Meruntuh segala kebathilan
Kita bina asas kekuatan
Menghadapi masa hadapan
“Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat , kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah: 153).
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, (iaitu) orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya.” (Al-Baqarah: 45-46).

MinNi...^_^
No comments:
Post a Comment