autum in my heart

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّك أَنتَ الْوَهَّابُ۝

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya.” (Aali ‘Imraan: 8)

helwa telinga~

my صحابة :)

Thursday, 25 August 2011

AKU HAMBA ALLAH ATAU HAMBA NAFSU....???


KATA-KATA HIKMAH SI SUFI...

KITA HAMBA ALLAH?

Wahai orang yang menjadi hamba kepada hawa nafsu,janganlah kamu beranggapan bahawa kamu termasuk didalam golongan hamba-hamba ALLAH S.W.T.

Kamu memperhambakan diri kepada hawa nafsu,sedangkan hamba ALLAH memperhambakan diri mereka hanya kepada ALLAH S.W.T.

Kamu berkehendak hanya kepada dunia tetapi hamba ALLAH menjadikan dunia sebagai jalan untuk menuju kepada ALLAH dan untuk mencari keredhaannya agr dapat mengecapi kebahagiaan akhirat.

Hati kamu hanya kagum kepada dunia sedangkan hati hamba ALLAH kagum terhadap ALLAH yang mencipta dunia dan segala isinya.

Kamu beranggapan kesenangan kamu apabila kamu bergantung kpd makhluk sedangkan hamba ALLAH baranggapan kesenangan mereka apabila hati hanya bergantung(berserah diri dan mengharap)kepada ALLAH.

Kamu adalah mangsa kepada apa yang kamu lihat(kebendaan dunia semata-mata)kerana kamu melihat hanya berdasarkan mata zahir,sedangkan hamba ALLAH tidak melihat sepertimana kamu melihat kerana mereka melihat berdasarkan mata hati(hati yang beriman)

kamu tenggelam dalam nafsu keduniaan kamu sedangkan hamba ALLAH mencapai tujuan hidup dan mendapat kesejahteraan daripada maharaja tunggal alam ini(ALLAH)


SME sdn bhd..~

MiNnI...^_^

2 comments:

  1. Nukilan dari seorang hamba Allah,moga Allah memberkati beliau,insya ALLAH..

    “MENCARI KEREDHAAN”

    Wahai Sahabatku!!!.

    Sekiranya kita jauh dari ALLAH s.w.t(jauh dari ajaran islam) maka janganlah kita berdiam diri dan tidak mahu mengejar bahagian kita dari kurnia ALLAH s.w.t di dunia dan di akhirat.
    Ayuh sahabatku,bangunlah dan bersegeralah menuju keredhaan ALLAH s.w.t.Tinggalkan keseronokan yang melalaikan dan jauhi yang haram.kita akan dimuliakan dan ditinggikan darjat oleh ALLAH s.w.t jika kita termasuk didalam golongan yang diberi kasih sayang dan rahmatNYA.Ianya(kasih sayang dan rahmat ALLAH s.w.t)tidak akan dapat kita perolehi kecuali apabila kita hidup hanya berdasarkan kebenaran ALLAH s.w.t(cara hidup ISLAM)
    Janganlah kita merasa tinggi diri dengan kurnia ALLAH s.w.t dan janganlah kita lupa tentang kewajipan kita kepada ALLAH s.w.t sebagai hambaNYA,dengan yang demikian mudah-mudahan kita tidak kembali condong kepada kejahilan dan kegelapan kita sewaktu masa dahulu,dengan harapan kita akan dapat mencapai keredhaan ALLAH s.w.t…..INSYA ALLAH.

    “WALLAHUA’LAM”

    ReplyDelete
  2. Subhanallah...insyaAllah..moga kita sentiasa dalam rahmat Allah...Aminn!

    syukran ya teman..moga teman sentiasa dalam kebaikan...^_^

    ReplyDelete