autum in my heart

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّك أَنتَ الْوَهَّابُ۝

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya.” (Aali ‘Imraan: 8)

helwa telinga~

my صحابة :)

Wednesday, 15 February 2012

Hamba yang mencari kekuatan~

بسم الله الرحمن الرحيم

Bermula langkah dengan menyebut nama Tuhanku..


Sebenarnya saya bukanlah penulis tegar blog, pembicara terkemuka, pelawak antarabangsa..tetapi saya adalah seorang hamba Allah yang sedang dalam proses mencari Tarbiyyah dari-Nya..


Sejujurnya saya teramatla "kejelesan" bila melihat pakar-pakar penulis dalam penulisan mereka..kerana saya juga seorang peminat setia dalam menggedik-gedikkan pen di tangan dalam menulis tinta.. tetapi saya teramat laa lama tidak mengerahkan otak dalam berbicara dalam tulisan menbuatkan saya berada dalam tahap zon bahaya.ibarat kata lain, otak saya jadi blur bila mula berbicara...Allahu Akbar!


USRAH.
saya teramat merindui usrah..saya sangat berminat dengan usrah..namun situasi menjadikan saya tidak berganjak lagi walau selangkah untuk mencari usrah dalam meniti langkah..saya tahu "hendak seribu daya tak hendak seribu dalih" tetapi setiap kali saya mula hendak melangkah saya teramat buntu..kemanakah saya harus membawa kaki mencari usrah..? memandangkan saya berada dalam zon sosial sebelum ini menyebabkan saya kurang berteman dengan kawan-kawan yang sentiasa mengikuti usrah! 


memikirkan keadaan saya sekarang yang kurang stabil dalam melangkah kehidupan harian...saya bertambah bimbang..saya lukakan hati kawan-kawan dengan menyepi membawa diri..tetapi ketahuilah saya dalam mencari ketenangan dan mencari jalan agar diri saya kembali kepada asal kejadian..sungguh saya merindui ketenangan yang ada dalam usrah sewaktu zaman persekolahan dahulu..saya bukan terus melupakan orang sekeliling..tetapi saya hanya mencari ruang untuk mengenali kembali diri saya yang sewaktu ketika hilang di telan dek zaman..


tekadang saya terpaksa menjadi hantu jembalang dalam penyamaran..dalam diam saya bertindak mengikut arahan kata fikiran..saya menjadi pemerhati setia blog2 yang terasa dekat di hati..dan saya yang muncul ketika tiada orang perasan dan kembali ghaib ketika orang mengesan..bukan kerana menjadi pengintip upahan, tetapi saya kurang kekuatan untuk berdepan dengan orang yang di beri kehebatan..


Sungguh saat ini detik ini..saya memerlukan teman sehaluan dan "sekepalaan" yang mengikuti usrah untuk membimbing diri ini menuju keredhaan Tuhan..genggamlah tangan ini yang dikotori dek nafsu nafsi..peluklah diri ini dengan tarbiyyah-Nya ketika lemah menguasai diri..jika ada yang sudi moga Tuhan memberkati dan memudahkan segala urusan..Ameen ya Rabb!!


Dari saya yang dalam kebuntuan mencari arah tujuan asal kejadian~
moga Allah permudahkan segala urusan mengikut kehendak-Nya~


MiNnI...^_^

2 comments:

  1. Mewarnai kain yang putih amat memerlukan ketelitian. Mengubah diri memerlukan keyakinan.

    Panduan (al-Quran) telah disediakan
    Cara telah disunahkan
    Kita hanya perlu mulai...dan terus meyakini
    Keyakinan memberi kekuatan dan diri perpendirian
    Allah SWT sentiasi mengawasi:

    "Orang Yang Berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memahami kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami dan sesungguhnya (petolongan dan bantuan) Allah bersama orang yang berusaha membaiki amalannya."
    Surah Al-Ankabut : 69.

    Ummi doakan huffaz/solehah (nak panggil yg mana satu..) akan menemui kumpulan usrah untuk menghidupkan jiwa dan menjinakkan hati. Usrah penting untuk membina jiwa. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. syukran ummi Ros mendoakan...name betul FAIZAH...inshaAllah..moga-moga sentiasa berkumpul bersama orang-orang yang di lunakkan hatinya..Ameenn

    ReplyDelete