autum in my heart


رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّك أَنتَ الْوَهَّابُ۝

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya.” (Aali ‘Imraan: 8)

Photobucket

helwa telinga~

my صحابة :)

Monday 20 February 2012

kenali Islam, Iman dan Ihsan~

بسم الله الرحمن الرحيم


Pada suatu hari ketika kami sedang berada didalam sebuah majlis bersama Rasulullah s.a.w. tiba-tiba tampillah di hadapan kami seorang lelaki yang berpakaian putih, berambut sangat hitam, tidak terlihat padanya tanda-tanda bekas perjalanan, dan tidak seorang pun antara kami yang mengenalinya. Lalu duduklah dia di hadapan nabi saw. Kemudian menyandarkan lututnya pada lutut nabi dan meletakkan tangannya di atas paha nabi. selanjutnya dia berkata : "Wahai Muhammad, beritahukan kepadaku tentang ISLAM! Rasulullah s.a.w menjawab: "Islam itu, Engkau bersaksi bahawa sesungguhnya tiada tuhan selain Allah. Dan sesungguhnya Muhammad itu utusan Allah, Engkau mendirikan solat, Mengeluarkan zakat, Berpuasa di bulan ramadhan, Dan menunaikan haji jika engkau mampu melakukannya.Orang itu berkata "Engkau benar."


Kami pun berasa hairan kerana dia bertanya lalu membenarkan, orang itu berkata lagi: "Beritahukan kepadaku tentang IMAN! Nabi s.a.w menjawab "Engkau beriman kepada Allah, Kepada para Malaikat-Nya, Kepada Kitab-kitab-Nya, Kepada utusan-utusan-Nya, Kepada Hari Kiamat, Dan kepada Takdir yang baik mahupun yang buruk" berkatalah orang tadi "Engkau benar".


Orang itu berkata lagi; "Beritahukan kepadaku tentang IHSAN! Nabi s.a.w berkata; Engkau beribadah kepada Allah seakan akan engkau melihat-Nya, Jika engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia pasti melihatmu.


Orang itu berkata lagi; "Beritahukan kepadaku tentang KIAMAT" Nabi s.a.w menjawab "Orang yang di tanya tentang itu tidak lebih tahu daripada yang bertanya". Selanjutnya orang itu berkata lagi: "Beritahukan kepadaku tentang tanda-tanda-Nya. Nabi s.a.w menjawab " Jika hamba perempuan telah melahirkan tuannya, Jika engkau melihat orang yang tidak beralas kaki, Tidak berbaju, Miskin, dan Pengembala kambing berlumba-lumba dalam mendirikan bangunan".


Kemudian orang tersebut pun beredar tetapi aku masih diam tercengang (beberapa lama). Kemudian Nabi s.a.w berkata kepadaku "Wahai Umar! tahukah engkau siapakah yang bertanya itu?" Saya menjawab Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Nabi s.a.w berkata: "Dia ialah Jibril. Dia datang kepada kamu untuk mengajarkan kepada kamu agama kamu.


[ Riwayat Muslim, Abu Daud, Al-Tirmizi, dan Nasa'i dengan sedikit perbezaan ]




BERIMAN KEPADA ALLAH
*Mengakui bahawa "Allah itu ada" dan mempunyai sifat-sifat agung serta sempurna, bersih daripada sifat kekurangan, Dia tunggal, benar, memenuhi segala keperluan akhluknya, tidak ada yang setara dengan dia, pencipta segala makhluk, bertindak sesuai dengan kehenndaknya, ddan melakukan segala kekuasaanya sesuai dengan keinginannya.


BERIMAN KEPADA MALAIKAT
*Mengakui bahawa para Malaikat itu adalah "hamba-hamba Allah yang mulia", tidak pernah mahu mendahului sebelum ada perintah, dan sentiasa melaksanakan apa yang di perintahkan kepada mereka.


BERIMAN KEPADA KITAB
*Mengakui Allah "menurunkan empat kitab-Nya" iaitu:

  • ZABUR kepada Nabi Daud a.s
  • TAURAT kepada Nabi Musa a.s
  • INJIL kepada Nabi Isa a.s
  • Al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w

BERIMAN KEPADA UTUSANNYA
*Mengakui bahawa "para Rasul itu jujur dalam menyampaikan segala ajaran" yang di terima dari pada Allah dan mereka di beri mukjizat yang mengukuhkan kebenarannya.Mereka menjelaskan kepada orang mukalaf apa-apa yang Allah perintahkan kepada mereka.Para Rasul itu wajib di muliakan dan tidak boleh di banding-bandingkan.


BERIMAN KEPADA HARI KIAMAT
*"Mengakui adanya hari kiamat", termasuk di dalamnya hidup kembali setelah mati, berkumpul di padang mahsyar,perhitungan dan timbangan amal menempuh jambatan antara syurga dan neraka yang mana kedua-dua tempat ini merupakan tempat pemberian pahala bagi orang yang beramal soleh dan seksa bagi orang yang berdosa.


BERIMAN KEPADA TAKDIR
*"Beriman kepada takdir,yang baik mahupun yang buruk"


      Firman Allah yang membawa maksud: "Allah menciptakan kamu dan semua perbuatan kamu" (surah Al-Saffat:96). "sungguh segala sesuatu telah kami ciptakan dengan ukuran tertentu" (surah Al-Qamar:49).




   


Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mu’min supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi 1395 dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, (QS. 48:4)



MiNnI...^_^

1 comment: